UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Thursday, October 29, 2015

HARI SUAIKENAL PELAJAR BARU AMBILAN NOVEMBER 2015

Alhamdulillah,

Berakhir sudah Hari Suaikenal Pelajar Baru Ambilan November 2015 yang telah diadakan selama 2 hari iaitu 28 dan 29 Oktober 2015. Terima kasih KJ ucapkan kepada barisan fasilitator yang diketuai oleh saudara Haziq dan saudari Nisa yang telah banyak membantu KJ. Selepas ini mereka akan memulakan kelas masing-masing pada 1 November 2015 ini.


Hari pertama Hari Suaikenal dipenuhi dengan taklimat oleh pegawai-pegawai dan juga ucapan aluan oleh Tuan Pengarah. Pelajar-pelajar baru mendapat maklumat mengenai bentuk pembelajaran dan penilaian mereka di Kolej Komuniti Ledang

Tuan Pengarah memberi ucapan aluan
Maaf, KJ rabun :)
Manakala Hari Kedua dipenuhi oleh aktiviti latihan dalam kumpulan yang lebih berkonsepkan santai. KJ dan Pn Syikin serta dibantu oleh En Sam memantau aktiviti yang dikendalikan oleh fasilitator. Kebanyakan mereka seronok dan berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan. 







Jika anda diluar sana, ingin merasa suasana kehidupan di Kolej Komuniti Ledang dan menyertai pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kemahiran anda, jom daftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti Ledang untuk ambilan November ini. Terdapat kursus Servis Kenderaan Ringan, Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara dan Pengoperasian Perniagaan. Hubungi 069789295 atau lawat laman web Kolej Komuniti Ledang


Tuesday, October 27, 2015

2 LEBIH BAIK DARIPADA 1

Berkahwin lebih baik daripada bujang?

Bukan!!!!

Ini adalah entri untuk menjana idea perniagaan. Apa itu 2 lebih baik daripada 1? Ia adalah menggabungkan dua industry bagi menghasilkan idea perniagaan yang unik.

Contohnya,

Epal dan coklat menghasilkan epal disalut coklat

Karipap (kuih) dan keju menghasilkan karipap cheese

Sekarang cuba anda menggabungkan dua minat yang anda ada tapi dari bidang yang berlainan. Bolehkah ia digabungkan dan menjadi satu idea untuk menjana pendapatan?


Jangan takut untuk mencuba!!!


Tuesday, October 13, 2015

KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE (POWERPOINT)

13 Oktober 2015

Alhamdulillah, selesai juga KJ bersama rakan sekerja Miss Hani mengajar kursus pendek asas Microsoft Office Powerpoint kepada pelajar-pelajar darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Banjar.

Inisiatif cikgu dari sekolah ini bagi mengisi masa terluang pelajar selepas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) haruslah dipuji. Jika ada mana-mana sekolah yang berminat untuk mengikuti Kursus Pendek dari pelbagai bidang seperti komputer, masakan, automotif, penyamana udara, Bahasa, muzik dan sebagainya bolehlah menghubungi facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ledang.







Berbalik kepada kursus yang KJ ajar, sangat seronok melayan adik-adik ini selama 5 jam di makmal komputer Kolej Komuniti Ledang. Ada yang sudah ada kemahiran asas komputer dan ada yang tidak tahu langsung. Jadi kami bersama-sama belajar. Berikut adalah Cadangan dan Komen adik-adik ini untuk kursus yang KJ dan Miss Hani ajar:

“Layanan yang diberikan kepada kami adalah sangat baik” -  Adik Siti Hazwani Bte Hazman

“Masa kalau boleh sampai petang” - Adik Mohd Aminuddin bin Lukmanul Hakim

“Memang bagus ada kursus pendek ini”- Adik Nur Misha Wahida Bt Abd Razak

“Guru yang ajar saya sangat best”- Adik Anomathirah Binti Mohd Norasikin

“Pengajaran yang disampaikan mudah difahami”- Adik Nur Darina Binti Alias


Setiap komen positif atau negatif yang kami terima, kami akan ambil untuk mempertingkatkan lagi cara pengajaran kami. Kebanyakan komen yang diberikan minta masa kursus dipanjangkan, tidak cukup hanya 5 jam. Terima kasih kami ucapkan, dan kami harap ilmu yang diajar itu akan dimanfaatkan.


Saturday, October 10, 2015

BERPETANQUE PADA HARI SUKAN NEGARA

10 Oktober 2015!!!

Awal pagi lagi, KJ dan pasukan petanque Kolej Komuniti Ledang Johor (KKLJ) telah bertolak ke Kolej Komuniti Segamat 2 bagi menyertai pertandingan petanque beregu terbuka yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara pada hari ini.



 Pasukan Petanque KKLJ hanya berjaya sehingga peringkat suku akhir. Tiada rezeki kami pada hari ini, tetapi kami tidak akan menyerah kalah untuk perlawanan petanque akan datang. Berpeluh juga kami pada hari ini, dapatlah juga bakar kalori untuk kesihatan.


Hari ini juga, merupakan hari terakhir kami dapat berkumpul bersama-sama, bergurau-senda, dan makan bersama. Ini kerana kebanyakan daripada kami adalah pelajar semester akhir. Semoga persahabatan dan perkenalan ini akan terus berkekalan.



Jika anda ingin belajar di Kolej Komuniti Ledang dan menjadi juara, daftarkan diri anda untuk sesi ambilan November 2015 yang dibuka sekarang. 3 kursus peringkat sijil ditawarkan iaitu Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Anda yang kami cari!!

Friday, October 9, 2015

HARI SUKAN NEGARA

Esok!!!

10 Oktober 2015

Hari sukan negara!! Apa yang akan anda lakukan pada hari esok? Esok dimestikan berpeluh bagi menyokong hari sukan negara tau. Jom sihatkan badan. KJ dan pasukan petanque Kolej Komuniti Ledang Johor seramai 12 orang akan menyertai pertandingan petanque di Kolej Komuniti Segamat 2.

Apa itu sukan petanque? KJ akan ceritakan dalam entri akan datang. Kalau hendak buat kursus pendek bermain petanque pun boleh, hanya hubungi KJ. Walaupun, ramai yang anggap sukan petanque ini mudah, tapi anda perlu cuba dulu baru tahu.


Walaupun esok cuti dan pelajar-pelajar ini sudah habis semester, kami tetap main petanque. Banyak kenangan manis sepanjang setahun kami ber-petanque. Doakan kejayaan kami esok!!