UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Saturday, November 28, 2015

TEMPAHAN AISKRIM

Anda berada di sekitar Ledang, Muar, dan Melaka?

Ingin mencari catering AIs Krim bagi majlis perkahwinan, hari jadi, karnival, hari terbuka dan lain-lain?

Baby Ice Soft Ice Cream adalah pilihannya.

KJ sudah merasa aiskrim ini semasa Hari Terbuka Kolej Komuniti Ledang tempoh hari. Memang sedap sampai tidak sedar KJ sudah makan 3 kali.

Jika anda berminat untuk memanggil mereka bagi memeriahkan majlis anda, hubungi sahaja kenalan KJ ini di talian 013-6012182 (Yusri). Dia pasti akan memberi servis dan harga yang terbaik. Mana tahu kalau sebut nama KJ, dapat percuma ke? Hehe

Anda juga boleh suka (like) dan kunjungi facebook aiskrimnya di Baby Ice Soft Ice Cream Ledang JDT. Jadikan majlis anda meriah dan mempunyai kelainan!



NOTA KAKI

1)      Jika anda ingin mempelajari ilmu keusahawanan, daftarkan diri anda di Kolej Komuniti Ledang

2) Jom sertai pertandingan paling mudah menang. SUDOKU. Klik SINI untuk maklumat lanjut dan menyertainya. Tarikh tutup pertandingan 19 Disember 2015

3)      Dapatkan pelbagai tips Matematik, Kewangan, Bisnes, Motivasi, Kesihatan dan lain-lain di blog Kelas Moden ini.

4)      Anda ingin meletakkan iklan anda di blog ini. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Friday, November 27, 2015

5 GOLONGAN MENJADI JUTAWAN

Anda ingin menjadi jutawan?

Siapakah 5 golongan yang menjadi Jutawan?

Anda ingin tahu?

Menurut sumber daripada Brian Tracy International, golongan yang menjadi jutawan terdiri daripada 5 kelompok iaitu

74% ialah pemilik perniagaan. Ini adalah golongan yang menjalankan bisnes

10% ialah golongan eksekutif senior korporat

10% ialah golongan professional seperti doctor, peguam dan sebagainya

5% ialah jurujual berkomisen atau konsultan jualan

Dan 1 % ialah lain-lain.

Maka jika anda ingin menjadi jutawan anda perlu berniaga kerana peluangnya cerah. Nabi Muhammad S.A.W juga meletakkan 9 daripada 10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Jadi jutawan dan perniagaan tidak dapat di pisahkan. Apabila anda berniaga, anda meletakkan kaki anda melangkah ke arah menjadi jutawan. Tetapi kena ingat, perniagaan tanpa ilmu, perancangan dan kesungguhan hanya akan menempah kegagalan.


NOTA KAKI

1)      Jom sertai pertandingan paling mudah menang. SUDOKU. Klik SINI untuk maklumat lanjut dan menyertainya. Tarikh tutup pertandingan 19 Disember 2015.

2)      Dapatkan pelbagai tips Matematik, Kewangan, Bisnes, Motivasi, Kesihatan dan lain-lain di blog Kelas Moden ini.

3) Anda ingin meletakkan iklan anda di blog ini. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Friday, November 20, 2015

SUDOKU 001

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang KJ telah janjikan hari ini, 20 November 2015, KJ akan buat satu pertandingan Sudoku. Anda hanya perlu lengkapkan Sudoku tersebut dan emailkan kepada KJ sama ada di facebook atau email khairul_khai86@yahoo.com



Syaratnya mudah,

a) Anda perlu sertai (join) blog ini atau tambah (add) KJ di facebook.

b)Lengkapkan Sudoku yang diberi dan emailkan pada KJ di facebook ataukhairul_khai86@yahoo.com. Beserta dengan nama penuh, email dan nombor telefon

c)Tunggu pengumuman nama pemenang pada bulan berikutnya. Hadiah bergantung kepada KJ sebagai penganjur. Untuk sudoku yang pertama ini, top up RM 30 menanti pemenang

d)Tarikh tutup setiap siri soduku adalah pada 19 hari bulan bagi bulan berikutnya


Jangan lepaskan peluang mencuba permainan yang mudah ini!

Wednesday, November 18, 2015

SUDOKU

Apa itu Sudoku?

Siapa minat main Sudoku? Kita boleh jadi kawan. KJ ini ‘hantu’ Sudoku, setiap hari mesti akan cuba selesaikan 1 sudoku. Apa-apa permainan berkaitan nombor pasti KJ akan cuba.

Untuk yang tidak pernah main Sudoku ini adalah permainan berdasarkan logik. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan suatu digit bernombor dari 1 ke 9 dalam satu sel grid 9X9 dengan subgrid 3X3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dengan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setiap sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja suatu nombor digit dari 1 ke 9 sahaja.



Dan KJ berminat untuk membuat pertandingan Sudoku ini setiap 20 hari bulan setiap bulan.

Syaratnya mudah,

a)      Anda perlu sertai (join) blog ini atau tambah (add) KJ di facebook.
b) Lengkapkan Sudoku yang diberi dan emailkan pada KJ di facebook atau khairul_khai86@yahoo.com.
c)      Tunggu pengumuman nama pemenang pada bulan berikutnya. Hadiah bergantung kepada KJ sebagai penganjur
d)      Tarikh tutup setiap siri soduku adalah pada 19 hari bulan bagi bulan berikutnya


Jangan lepaskan peluang mencuba permainan yang mudah ini! Nantikan pertandingan sudoku siri pertama 20 hb November ini.


Sunday, November 15, 2015

KISAH PERJALANAN ROKET AIR

15 November 2015

Alhamdulillah kami Berjaya memenangi tempat kedua pertandingan roket air kategori IPTA / IPTS kategori terbuka Melaka dimana kami membawa pulang wang tunai RM 1000, medal dan sijil. Kemenangan yang KJ tidak jangka tetapi sangat puas hati melihat pelajar-pelajar KJ gembira.



Pada pagi itu, kami hadir tanpa harapan yang tinggi. Sehingga sampai satu tahap malu untuk mengeluarkan roket air itu. Ini kerana kami melihat reka bentuk roket air dari peserta-peserta lain sangat hebat, dan yang kelakarnya roket air kami siap dengan warna-warni dan lukisan harimau Malaya. Inilah pengalaman pertama kami.

roket 'Harimau Malaya' kami
Undian di cabut, dan kami memang “bertuah” menjadi peserta pertama untuk melancarkan roket air kami. Ada 2 tugasan yang perlu kami lakukan iaitu kategori payung terjun (parachute) dan sasaran (target). Sebelum pertandingan dimulakan, juri menerangkan bagaimana roket air berfungsi, rekabentuk aerodinamik, titik pusat roket, konsep payung terjun, dan pelbagai lagi ilmu berteraskan sains. KJ perhatikan pelajar-pelajar KJ, mereka amat tertarik dengan ilmu baru itu walaupun KJ tahu roket air yang mereka cipta ini berkonsepkan main buat / main jadi sahaja berdasarkan sumber internet. KJ memang memberi sepenuh kebebasan kepada mereka dan hanya memberi panduan dan galakkan sahaja.

Apabila kami diminta melancarkan roket kami sebagai peserta pertama, sudah tentu semua mata akan tertumpu kepada kami. KJ berdiri di luar kawasan pertandingan sama seperti penonton lain, hanya membiarkan 4 orang pelajar KJ iaitu Kak Yan, Syahmie, Mat dan Udin menyiapkan roket untuk dilancarkan di tengah-tengah tapak pertandingan.

Air di isi, roket air dimasukkan ke dalam pelancar dan tekanan di bubuh. Ini adalah untuk kategori pertama iaitu Payung terjun. Roket akan dilancarkan dengan tekanan yang tinggi dan akan mengeluarkan payung terjun. Masa dicatatkan bermula daripada payung terjun kembang sehingga mana-mana bahagian roket pertama jejak ke tanah. Lagi lama masa di ambil, lagi bagus dan markah lebih tinggi. Seram sejuk dibuatnya, ini kerana sepanjang kami cuba kat kolej, hanya sekali sahaja payung terjun itu Berjaya kembang.

Kiraan dimulakan…3….2….1….roket air kami dilepaskan, laju meluncur ke atas…dan payung terjun Berjaya mengembang….perlahan-lahan roket air itu turun TETAPI, penutup di bahagian hadapan roket air tercabut dan laju mendarat. Masa diberhentikan apabila penutup itu jejak tanah. Jelas kelihatan di muka pelajar KJ perasaan kecewa itu. KJ menasihati mereka

“Nikmati pertandingan ini, kamu semua sudah berusaha, janji payung terjun kamu terbuka. Ada satu lagi tugasan, jangan mengalah

Rupanya, banyak juga payung terjun roket air peserta lain tidak terbuka.

Monday, November 9, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

10 November 2015!

Esok adalah sambutan Hari Deepavali dan juga cuti umum. Di kesempatan ini KJ ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada kawan-kawan KJ yang menyambutnya seperti Miss Suganthe, Jagathiswaran, dan pelajar-pelajar KJ, Vicky, Siva, Ragu, Sutha, Kaladevi dan lain-lain yang menyambutnya.


KJ juga mengucapkan selamat bercuti kepada yang lain. Dari tadi meriah dengan bunyi mercun.


Friday, November 6, 2015

KURSUS PENDEK EXCEL DAN POWERPOINT

6 NOVEMBER 2015!!!

Alhamdulillah, KJ berjaya juga menjalankan tugas mengajar kursus pendek excel dan powerpoint dengan dibantu oleh Cik Ain. Kali ini peserta KJ adalah guru dan penolong guru daerah ledang.

Kursus pendek ini bermula dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Pada slot pagi, KJ mengajar Microsoft Excel dan pada sebelah petangnya Microsoft Powerpoint. Saja KJ susun macam tu, kerana Microsoft Excel lebih sukar berbanding Microsoft Powerpoint, jadi apabila dilakukan pada waktu pagi, penumpuan peserta pada apa yang KJ ajar adalah lebih.


Kelas ini dari pagi sehingga petang sentiasa riuh dengan gelak tawa. Pesertanya sangat sporting, dan kelas berlangsung dalam konsep santai. Kursus ini lebih berkonsepkan perkongsian ilmu.



Terima kasih kerana sudi hadir dan fokus dari pagi sehingga petang. Susah tu nak dapat, kerana pada waktu cuti. Jika hendak menyertai lagi mana-mana kursus, bolehlah menghubungi facebook Jabatan PembelajaranSepanjang Hayat atau di talian 06-9789295 (waktu pejabat)

Nota kaki: Jom ramai-ramai ke Masjid Kg Parit Pulai, Sungai Mati pada 14 November 2015 ini. Program Jelajah Kampung Siri 6 (terakhir). Ada pelbagai kursus ditawarkan, semuanya hanya RM 5 sahaja!! Jumpa anda di sana!!!


Sunday, November 1, 2015

BERJAYA KURUS?

Hari ini 1 November 2015

Kalau ikut perjanjian, 31 Oktober 2015 iaitu semalam adalah hari terakhir bagi mencapai impian menjadi kurus.

Dan pagi ini, dengan harapan selepas bangun tidur akan menjadi lebih kurus, KJ pun naik atas penimbang. Laju je angka penimbang naik dan terus naik sehingga berhenti pada satu nombor. Apa? Hanya turun 2 kg je.


Ini semua angkara sepanjang seminggu lepas, makan tanpa pantang sempena menyambut Hari Jadi. Okay, KJ set tarikh baru, 31 Disember 2015, KJ akan berusaha mencapai berat ideal. Ada misi tahun hadapan!!