Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama abam tidak mengemaskini blog ini….paling akhir
3 hari lalu. Ini kerana abam terlibat mengiringi pelajar semester akhir ke
Program Transformasi Negara di Kem Bina Negara Gunung Pulai dari 25 hingga 27
April 2016. Walaupun abam ke situ dengan membawa laptop, tetapi line internet
abam sangat teruk. Semua kerja abam tidak dapat lakukan, dan abam ‘terpaksa’
menyertai semua program pelajar.
24 APRIL 2016 (AHAD)
Malam sebelum berangkat ke kem, abam ada menerima banyak
whatsAPP dan mesej daripada pelajar. Ada yang teruja hendak pergi dan bertanya
pelbagai soalan yang abam rasa telah diberi taklimat.
“Encik esok nak pakai baju apa?”
“Encik, program ini macam mana?”
“Encik, program ni banyak aktiviti outdoor ke?”
Tidak terlepas juga, ada yang memberi seribu satu alasan
untuk tidak pergi.
“Encik, saya rasa esok saya demam”
“Encik, esok saya ada kenduri”
Dan pelbagai lagi…..tetapi abam balas satu jawapan yang
sama untuk semua alasan
“Okay, saya bagi nama anda pada Tuan Pengarah”
25 APRIL 2016 (ISNIN)
Pukul 9 pagi, pelajar mula berkumpul dan abam mengambil
kedatangan mereka, semua sekali dari Kolej Komuniti Ledang adalah seramai 45
orang pelajar. Program ini adalah kerjasama diantara Pihak Biro Tatanegara,
Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Pagoh, dan Kolej Komuniti Muar. Pelajar
dari Kolej Komuniti Pagoh dan Muar adalah seramai 40 orang pelajar. Maka
keseluruhan pelajar yang terlibat adalah 85 Orang pelajar. Nasib baik abam
dibantu oleh 2 orang pelajar latihan industri, Alia dan Siti serta seorang
pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti Pagoh. Kalau tidak, pening abam
menguruskan 85 orang pelajar yang pelbagai ragam.
Pukul 10 pagi kami bertolak dari Kolej Komuniti Ledang
dan kami perlu sampai di Kem Bina Negara Gunung Pulai pada jam 2.00 petang.
Ketibaan kami, disambut oleh pihak urusetia dengan ramah dan makanan tengahari
yang sangat enak. Kami mendaftar dan diberikan bilik penginapan. Abam tidur
satu rumah dengan fasilitator dan jurulatih.
Sesi taklimat dan pengenalan kem bina negara diberikan
oleh Tuan Hafizan, dan diteruskan dengan Slot Icebreaking. Sangat menarik dan
kreatif, abam melihat pelajar-pelajar ni gembira dengan aktiviti yang
dilakukan.
Pada sebelah petang Latihan
Dalam Kumpulan (LDK) turut dilakukan bagi membentuk pasukan dengan menyediakan
nama pasukan, bendera dan moto.
Anda ingin mengetahui aktiviti pada hari kedua? Nantikan
entri seterusnya
Nota: Sepanjang kem ini, abam makan 6 kali sehari….sangat
seronok!!!
Sekian,
Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564
************************************
Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.
************************************
Anda juga mungkin meminati:
1. Pernah makan Macao's Portuguese Egg Tarts? Klik SINI
2. Score pakai muka & 9 aksi Gol Bola Sepak yang lawak gila anda memang takkan Expect. Klik SINI
3. OMG....anda berani melihat INI???
No comments:
Post a Comment