UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Wednesday, April 27, 2016

KISAH 3 HARI DI KEM BINA NEGARA (HARI 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama abam tidak mengemaskini blog ini….paling akhir 3 hari lalu. Ini kerana abam terlibat mengiringi pelajar semester akhir ke Program Transformasi Negara di Kem Bina Negara Gunung Pulai dari 25 hingga 27 April 2016. Walaupun abam ke situ dengan membawa laptop, tetapi line internet abam sangat teruk. Semua kerja abam tidak dapat lakukan, dan abam ‘terpaksa’ menyertai semua program pelajar.

24 APRIL 2016 (AHAD)
Malam sebelum berangkat ke kem, abam ada menerima banyak whatsAPP dan mesej daripada pelajar. Ada yang teruja hendak pergi dan bertanya pelbagai soalan yang abam rasa telah diberi taklimat.

“Encik esok nak pakai baju apa?”
“Encik, program ini macam mana?”
“Encik, program ni banyak aktiviti outdoor ke?”

Tidak terlepas juga, ada yang memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi.

“Encik, saya rasa esok saya demam”
“Encik, esok saya ada kenduri”

Dan pelbagai lagi…..tetapi abam balas satu jawapan yang sama untuk semua alasan

“Okay, saya bagi nama anda pada Tuan Pengarah”

25 APRIL 2016 (ISNIN)
Pukul 9 pagi, pelajar mula berkumpul dan abam mengambil kedatangan mereka, semua sekali dari Kolej Komuniti Ledang adalah seramai 45 orang pelajar. Program ini adalah kerjasama diantara Pihak Biro Tatanegara, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Pagoh, dan Kolej Komuniti Muar. Pelajar dari Kolej Komuniti Pagoh dan Muar adalah seramai 40 orang pelajar. Maka keseluruhan pelajar yang terlibat adalah 85 Orang pelajar. Nasib baik abam dibantu oleh 2 orang pelajar latihan industri, Alia dan Siti serta seorang pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti Pagoh. Kalau tidak, pening abam menguruskan 85 orang pelajar yang pelbagai ragam.

Pukul 10 pagi kami bertolak dari Kolej Komuniti Ledang dan kami perlu sampai di Kem Bina Negara Gunung Pulai pada jam 2.00 petang. Ketibaan kami, disambut oleh pihak urusetia dengan ramah dan makanan tengahari yang sangat enak. Kami mendaftar dan diberikan bilik penginapan. Abam tidur satu rumah dengan fasilitator dan jurulatih.



Sesi taklimat dan pengenalan kem bina negara diberikan oleh Tuan Hafizan, dan diteruskan dengan Slot Icebreaking. Sangat menarik dan kreatif, abam melihat pelajar-pelajar ni gembira dengan aktiviti yang dilakukan.



Pada sebelah petang Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut dilakukan bagi membentuk pasukan dengan menyediakan nama pasukan, bendera dan moto.

Anda ingin mengetahui aktiviti pada hari kedua? Nantikan entri seterusnya



Nota: Sepanjang kem ini, abam makan 6 kali sehari….sangat seronok!!!

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Pernah makan Macao's Portuguese Egg Tarts? Klik SINI
2. Score pakai muka & 9 aksi Gol Bola Sepak yang lawak gila anda memang takkan Expect. Klik SINI
3. OMG....anda berani melihat INI???

Sunday, April 24, 2016

CABAR DIRI ANDA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Abam cabar diri anda semua untuk menjawab soalan ini.... Ini cabaran saja-saja...lain kali abam buat kuiz. Ini kerana kebanyakkan yang cuba menjawab adalah salah!!!


Jika anda menjawab salah dan anda masih pelajar tingkatan 4 atau pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM tahun ini, ia masih belum terlambat!!!

Ayuh daftar!!!

>> KLINIK MATEMATIK – BENTUK PIAWAI <<
KLINIK MATEMATIK - TOPIK: Bentuk Piawai / Standard Form 
(Bab 1: Tingkatan 4)


Tarikh: 7 Mei 2016
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar, Kolej Komuniti Ledang


KENAPA ANDA PERLU SERTAI KLINIK MATEMATIK INI
✔ Tenaga pengajar berpengalaman
✔ Kami akan memastikan anda faham topik sebelum kelas tamat
✔ Mendapat nota yang padat beserta dengan latihan
✔ Fokus kepada satu-satu topik
✔ Kumpulan belajar yang kecil (10 orang)

HARGA TERLAJAK MURAH , hanya RM 10 SAHAJA!!!!!
Terhad kepada 10 orang terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang ini

Jika anda terlepas kali ini, tidak pasti bila klinik matematik berkaitan topik ini akan kembali
HUBUNGI KAMI SEKARANG!!!
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Pernah makan Macao's Portuguese Egg Tarts? Klik SINI
2. Score pakai muka & 9 aksi Gol Bola Sepak yang lawak gila anda memang takkan Expect. Klik SINI
3. Potongan sehingga 50% di hotel-hotel seluruh Malaysia tetapi hanya dalam tempoh 48 jam sahaja. Klik SINI

Thursday, April 21, 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah….Syukur!!!

Itu kata-kata yang abam dapat ucapkan apabila nama abam di antara 6 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 dari Kolej Komuniti Ledang.



Terima Kasih Semua…diharapkan dengan anugerah ini abam akan lebih komited dan bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang.








Tinggal lagi 1 target abam di Kolej Komuniti Ledang, iaitu ingin memohon naik pangkat dan sambung belajar. Cemburu juga abam lihat kawan-kawan abam sudah sambung master dan PHD…. Harap tercapai sebelum hujung tahun ini….dan akhir sekali Kahwin!!!! hehehe

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Pernah makan Macao's Portuguese Egg Tarts? Klik SINI
2. Jangan biarkan perkara Simple macam ini labelkan Korang Pemalas. Klik SINI
3. Potongan sehingga 50% di hotel-hotel seluruh Malaysia tetapi hanya dalam tempoh 48 jam sahaja. Klik SINI

Tuesday, April 19, 2016

JOM BELAJAR MATEMATIK - BENTUK PIAWAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wahh sudah lama abam tidak mengemaskini blog ini, dah bersawang!! Bukan sengaja abam tidak mahu kemas kini blog ini, tetapi kekangan waktu. Abam agak sibuk kebelakangan ini...

Abam cuba untuk aktif kembali, Okay disini abam akan mempromosikan klinik matematik yang abam sendiri akan ajar.. Rasa sayang pula jika tidak kongsi ilmu matematik yang abam tahu pada adik-adik semua..Rasulullah S.A.W pernah bersabda, 

"Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"

Abam disini fokus kepada topik pertama tingkatan 4 iaitu Bentuk Piawai atau standard Form. Jadi kepada adik-adik yang lemah subjek Matematik dan ingin belajar subjek Matematik secara santai, bolehlah sertai klinik Matematik ini.

Bila tu Abam KJ?
Klinik Matematik ini akan dijalankan pada 7 Mei 2016, pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari atau sampai adik-adik faham heheh...di Bilik Seminar Kolej Komuniti Ledang

Kenapa adik-adik perlu sertai klinik matematik ini??
✔ Tenaga pengajar berpengalaman
✔ Kami akan memastikan anda faham topik sebelum kelas tamat
✔ Mendapat nota yang padat beserta dengan latihan
✔ Fokus kepada satu-satu topik
✔ Kumpulan belajar yang kecil (10 orang)

HARGANYA TERLAJAK MURAH , hanya RM 10 SAHAJA!!!!! Tidak percaya bukan? sebab Pusat tuisyen pun tidak semurah ini heheheh
Tetapi abam terhadkan kepada 10 orang terawal sahaja. Jadi adik-adik jangan lepaskan peluang ini
Jika anda terlepas kali ini, tidak pasti bila klinik matematik berkaitan topik ini akan kembali
HUBUNGI KAMI SEKARANG!!!
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)
Call 06-9783597 (Pejabat) / Whatsapp 017-6807564 (Khairul)

Atau lawati facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ledang bagi mengetahui kursus-kursus pendek lain


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Pernah makan Macao's Portuguese Egg Tarts? Klik SINI
2. Jangan biarkan perkara Simple macam ini labelkan Korang Pemalas. Klik SINI
3. They are giving out Darlie vouchers before 30 April 2016. Hurry, get yours now!. Klik SINI