UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Sunday, January 31, 2016

PROGRAM SUKARELAWAN BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang tadi selesai sudah program sukarelawan membersih masjid dan surau sekitar tangkak. 8 buah masjid atau surau telah menyertai program ini. Antaranya ialah

a). Surau Al-Falah Taman Tangkak 2 dan Taman Payamas
b). Surau Dewan Putra, Kg Padang Lerek
c). Surau At-Taqwa,Kg Sri Makmor
d). Surau An-Nur, Bukit Kecil Tangkak
e). Surau Kg. Solok
f). Surau Pekan Sagil
e). Masjid Jamek Kampung Payamas
f). Masjid Jamek Bandar Tangkak



KJ rasa sangat seronok kerana ini adalah program anjuran pelajar dengan di bimbing oleh pensyarah. KJ membimbing pelajar menjadi floor manager, dan sangat berpuas hati kerana program hari ini berjalan sangat lancar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Hj Hamim B Samuri, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Ledang merangkap Ahli Parlimen Ledang. Bangga sekejap dengan pelajar sendiri hehe. Program ini melibatkan seramai 80 orang pelajar dan dibantu oleh AJK masjid/surau.






Pelbagai aktiviti dan ilmu diperolehi hari ini seperti cara melupuskan alquran dengan betul, membersihkan kipas, ruang solat, tempat wuduk dan persekitaran masjid. Siap ada permintaan untuk diadakan lagi. Sangat seronok!!!!

Perhatian:-
a)      Ketahui pemenang pertandingan SUDOKU 003 esok.


Anda mungkin juga meminati:
a) 6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak Yang Korang Boleh Buat Untuk Tahun 2016! Klik SINI
b) 10 Easy Fruit-Infused Water Recipes To Quench Your Thirst On Super Hot Days. Klik SINI
c) [OFFICIAL TRAILER]: The Revenant: Left for Dead, Back for Vengeance. Klik SINI

Friday, January 29, 2016

PERTANDINGAN PETANQUE PERTAMA

Alhamdulillah…..

Tengah hari tadi selesai sudah pertandingan petanque tertutup (double) Kolej Komuniti Ledang Johor. Pertandingan ini adalah tugasan wajib yang perlu dilakukan oleh pelajar yang mengambil subjek MPU1421 – Kokurikulum (Sukan). Secara keseluruhan, KJ berpuas hati dengan penganjuran pelajar SPP 3 ini. Ini adalah pertandingan petanque pertama KJ sertai tahun ini.



Mengikut perancangan awal, pertandingan ini sepatutnya berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2016. Walaubagaimanapun, semalam hujan turun dengan lebatnya dan baki pertandingan terpaksa ditunda pagi tadi. Tiada masalah dari pihak peserta dan penganjur. Mereka seronok bermain petanque walaupun baru pertama kali memegang bolanya (boule). Betullah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta!!



Untuk melihat gambar-gambar lain: Facebook KKLJ


Walaupun promosi agak lambat, tetapi pertandingan ini Berjaya menarik 10 bergu petanque untuk berentap. Siapakah yang akan memenangi pertandingan ini? Nantikan keputusannya pada hari rabu ini semasa perhimpunan pelajar.

Anda mungkin juga minat:

1) Tips untuk mengambil gambar pengembaraan bagi Instagram. Klik SINI
2) 8 perkara paling penting dalam hidup yang tidak boleh dibeli. Apa dia? Klik SINI
3) Adakah Ozil hanya hebat bola sepak sahaja? Lihat Videonya di SINI.

Sunday, January 24, 2016

JANGAN BANYAK MEMBERI ALASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat menyambut hari Thaipusam kepada semua penganut hindu… Hari ini KJ cuti, duduk rumah sahaja.



KJ hendak tanya, pernah tak anda selalu memberi alasan? Mesti pernah punya. KJ pun pernah memberi alasan dan berusaha untuk mengurangkannya. Tetapi tahukah anda alasan adalah punca kegagalan mutlak?

KJ selalu juga menerima pelbagai alasan daripada pelajar, kadang-kadang kelihatan tidak logik. Contohnya apabila KJ suruh menyiapkan satu tugasan dalam tempoh seminggu, ada pelajar yang siap dan ada yang tidak. Sudah pasti pelajar yang tidak menyiapkan tugasan itu akan memberi 1001 alasan, laptop rosaklah, kawan pinjam, tertinggal dan macam-macam lagi. Kalau beginilah alasannya, bagi tugasan dalam tempoh sebulan pun tidak akan siap, jika sikap itu tidak diubah. Disini kita dapat lihat siapa yang berusaha dan ingin berjaya.

Sikap sering memberi alasan adalah satu sikap yang merangsang kepada kegagalan. Cuba jauhi diri daripada sikap ini bagi memacu kejayaan dalam diri.


Berhenti memberi alasan jika anda ingin Berjaya!!!!


Saturday, January 23, 2016

KJ BRAND PERLUKAN SOKONGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika sesiapa yang berkawan dengan KJ di facebook mesti terkejut mendapat jemputan (invitation) untuk like page facebook KJ BRAND. Siap ada yang kata

“Ingatkan dapat jemputan kahwin tadi…hehe”

Amin. Segala doa yang baik-baik KJ aminkan. Apa itu KJ BRAND? Sebenarnya, ia adalah platform atau ruang untuk KJ berbisnes atau melakukan 2 kerja (sebenarnya sudah ada banyak kerja) hehe.

Kenapa KJ BRAND di wujudkan?



Ada dua SEBAB utama KJ BRAND diwujudkan iaitu:-

a)   KJ selalu menyuruh pelajar KJ melakukan bisnes daripada bekerja makan gaji, tetapi KJ sendiri tidak mempunyai bisnes sendiri dan hanya bergantung kepada Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad. Cakap tidak serupa bikin kan!!! Walaupun KJ telah ada syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tetapi bisnes belum berjalan secara serius. KJ suka pelajar mempelajari sesuatu secara role model / tauladan. Mereka ada contoh yang jelas untuk dilihat dan diikuti. Maka, KJ mencabar diri mewujudkan KJ BRAND ini.

b)      Tempoh KJ bersama Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad sudah hendak tamat, dan KJ amat meminati bidang bisnes, dan sebab itulah KJ BRAND di tubuhkan


Jadi KJ memerlukan sokongan anda semua terhadap KJ BRAND. Jom like page KJ BRAND!! Terima Kasih!



PERINGATAN
1) Ayuh sertai pertandingan SUDOKU 003 dan menang hadiah wang tunai. Klik SINI. Tarikh tutup penyertaan 31 Januari 2016 ini
2) Jika anda ingin memberi sumbangan untuk program Sukarelawan Membersihkan Masjid, boleh klik SINI bagi mengetahui lebih lanjut.

Anda juga mungkin meminati:-
a) 10 restoran menarik untuk Nasi Briyani di Klang Valley. Klik SINI bagi mengetahui.

b) 8 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika sambutan tahun Baru Cina. Nak tahu? Klik SINI

c) 3 langkah mudah bagi memenangi RM 10 ribu petrol sebelum 29 februari 2016 ini. Bagaimana? Klik SINI.

d) Korang Confirm Akan Murah Rezeki CNY Ini, Especially Kalau Ikut 8 Tips Power Ni. Klik SINI

Friday, January 22, 2016

2 BUKU DI PASARAN

Alhamdulillah…..

Selain daripada mengajar pelajar di dalam kelas, KJ perlu melakukan inovasi, kajian dan penulisan. KJ suka dengan kerja KJ. Alhamdulillah!!! Syukur 2 buah buku yang KJ terlibat telah diterbitkan iaitu



Buku ini adalah berbentuk e-buku (e-book) dan menggabungkan 15 orang penulis yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Ledang dalam pelbagai bidang iaitu Akauntansi, Servis Kenderaan Ringan, Pengoperasian Perniagaan, Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Program Wajib Kolej. Jika anda ingin memiliki buku ini dan membaca penulisan KJ bolehlah beli di google play (Klik SINI). Hanya RM 10 sahaja. Buku ini adalah terbitan PTS dengan kerjasama KolejKomuniti Ledang

BUKU 2: MICROSOFT POWERPOINT 2013 (LANGKAH DEMI LANGKAH)


Buku ini adalah dalam bentuk dua versi iaitu bercetak dan e-book. Jika anda ingin membeli secara e-book, anda boleh hubungi KJ di facebook atau WhatsApp/ Telefon / SMS di talian 0176807564. Hanya RM 10 sahaja. Anda juga boleh hubungi KJ untuk mengajar kursus pendek berkaitan Microsoft PowerPoint 2013 ini.


Pastikan anda memiliki kedua-dua buku ini!!


PERINGATAN

1) Ayuh sertai pertandingan SUDOKU 003 dan menang hadiah wang tunai. Klik SINI. Tarikh tutup penyertaan 31 Januari 2016 ini

2) Jom like page facebook KJ BRAND bagi menyokong KJ untuk memulakan langkah berbisnes.

3) Jika anda ingin memberi sumbangan untuk program Sukarelawan Membersihkan Masjid, boleh klik SINI bagi mengetahui lebih lanjut.



Anda juga mungkin meminati:-

a) 10 restoran menarik untuk Nasi Briyani di Klang Valley. Klik SINI bagi mengetahui.

b) 8 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika sambutan tahun Baru Cina. Nak tahu? Klik SINI

c) 3 langkah mudah bagi memenangi RM 10 ribu petrol sebelum 29 februari 2016 ini. Bagaimana? Klik SINI.

d) Korang Confirm Akan Murah Rezeki CNY Ini, Especially Kalau Ikut 8 Tips Power Ni. Klik SINI

Wednesday, January 20, 2016

KURSUS ASAS MICROSOFT POWERPOINT

22 JANUARI 2016!!

Apa yang anda buat pada hari tersebut?

Anda mempunyai apa-apa rancangan?

Anda tinggal berdekatan dengan Kolej Komuniti Ledang?

Jika anda mempunyai kelapangan, jom belajar bersama KJ dan Miss Hani untuk belajar membuat slide pembentangan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Hanya 5 jam anda akan dapat ilmu mengenai Microsoft powerpoint dan sijil. Jumpa anda Jumaat nanti!!!

Sebarang maklumat lanjut, lawati facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Ada macam-macam info dan kursus di sana. Anda juga boleh hubungi talian 06-9789295 untuk mengetahui kursus-kursus terkini.



Pesanan
a)      Jom sertai pertandingan paling mudah, SUDOKU003. Tarikh tutup semakin hampir, 31 Januari 2016. Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

Anda mungkin juga suka:
a)       Bucket List Ideas: 9 Adventures To Try Around The World With Your Partner Before You Die. Klik SINI
b)    3 langkah mudah bagi mendapat petrol percuma bernilai RM 10000. Cepat!! Sebelum 29 Februari 2016. Klik SINI

Sunday, January 17, 2016

SUDOKU 003

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah….pejam celik pejam celik….pertandingan SUDOKU ini telah masuk siri ketiga!! Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong pertandingan SUDOKU khususnya dan blog KELAS MODEN ini secara amnya.

Seperti yang telah dijanjikan, berikut adalah soalan SUDOKU 003


Apa yang anda perlu buat? Anda hanya perlu lengkapkan Sudoku tersebut dan emailkan kepada KJ sama ada di facebook atau email khairul_khai86@yahoo.com

Tetapi sebelum itu anda mesti memenuhi syarat berikut

Syaratnya mudah,

a) Anda perlu sertai (join) blog ini atau tambah (add) KJ di facebook.

b)Lengkapkan Sudoku yang diberi dan emailkan pada KJ di facebook atau khairul_khai86@yahoo.com. Beserta dengan nama penuh, email dan nombor telefon

c) SUDOKU 003 ini akan berlangsung dari 17 hingga 31 Januari 2016. Nama pemenang akan diumumkan pada 1 Februari 2016. Hadiah berupa wang tunai RM 20 untuk 2 pemenang.

Jangan lepaskan peluang mencuba permainan yang mudah ini!


Friday, January 15, 2016

PEMENANG SUDOKU 002

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Seperti yang telah dijanjikan oleh KJ, hari ini KJ akan mengumumkan 2 orang nama pemenang SUDOKU 002. Masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM 20.

Tetapi sebelum KJ mengumumkan nama pemenang, KJ ingin mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyertainya, KJ telah menerima banyak penyertaan untuk SUDOKU 002.

Berikut adalah jawapan bagi SUDOKU 002!!


Tahniah, KJ ucapkan kepada

1.       SYARIFAH NUR FARHANA SYED HASSAN
2.       NUR FATIHA BINTI KAMARI


Bagi yang tidak menang, jangan mengalah. Boleh cuba untuk siri SUDOKU 003 akan datang pada 17 Januari 2016 ini!!


Anda juga mungkin meminati:
1. 7 Reasons Why Hong Kong Should Be On Your Travel Bucket List This Year. Klik SINI
2. To all food lovers: Challenge the chef and you might win a combo of super awesome prizes! Klik SINI
3. Then Vs. Now: Which Celeb Transformation Is Most Shocking To You? Klik SINI

PAMERAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG DI BUKIT KANGKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ini KJ bertugas menjaga booth pameran Kolej Komuniti Ledang di Masjid Al-Amin Bukit Kangkar. Selain daripada KJ, ada miss Hani, Suganthe, Jihan, dan kak Fad. Kami jaga daripada pagi sehingga tengahari. Tugas KJ memberi penerangan dan mengedarkan risalah.



Jika anda atau saudara anda lepasan SPM ke atas dan ingin memasuki Kolej Komuniti Ledang bagi pengambilan bulan Mac ini, boleh hubungi KJ di facebook KJ, facebook Kolej Komuniti Ledang, nombor pejabat – 069789295 atau datang terus ke Kolej Komuniti Ledang. Ada 4 kursus yang ditawarkan iaitu Sijil Kenderaan Ringan (SKR), Sijl Teknologi Penyejukan dan PenyamananUdara (SPU), Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) dan Sijil Pastri (SPT).


Ayuh jangan tunggu lagi!!! Tempat TERHAD!!!!



PESANAN:
1) Keputusan SUDOKU SIRI 2 akan diumumkan malam ini.

Anda juga mungkin minat:
1) 20 Epic Hairstyles Malaysian Guys Used To Have Growing Up. Cool Or Not? Klik SINI
2) [PROMO] Fly to Hong Kong with AirAsia from only RM179, promo ends 24 January 2016! Klik SINI
3) Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! Klik SINI
4) Pernah tak tengok video dari mana-mana YouTuber hebat ni? Awesome gile! Klik SINI

Tuesday, January 12, 2016

SUMBANGAN PROGRAM SUKARELAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

31 Januari 2016!!

Pelajar-pelajar KJ akan membuat satu Program Kesukarelawan bagi membersih 8 buah masjid dan surau sekitar Tangkak. Justeru itu, KJ dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan ataupun barangan mencuci bagi menyokong program murni ini. Diharapkan dengan sedikit sumbangan anda, program ini akan berjalan dengan lancar dan Tuhan akan membalas jasa anda.

Jika anda ingin menyumbang barangan mencuci seperti penyapu,sabun pencuci, mop, kain pengelap dan lain-lain bolehlah dihantarkan ke Kolej Komuniti Ledang. Sebaliknya, jika anda ingin memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai ataupun cek, perlulah dinyatakan atas nama Koperasi KolejKomuniti Ledang Johor Berhad (KKKLJB) dan masukkan ke dalam akaun MBB 551089332416.

Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan bolehlah menghubungi KJ di facebook atau hubungi / SMS/WhatsAPP KJ melalui talian 0176807564. KJ menghargai sumbangan anda dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



PESANAN  
1) Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang tunai menanti anda!! Tarikh tutup semakin dekat!!! Lagi 2 hari!!!


Anda mungkin juga berminat:

1) 7 Sebab ‘Barang Baek’ Ini Memang Paling Sesuai Untuk Sesiapa Yang Suka Travel. Apa barang itu? Klik SINI bagi mengetahui.

2) Betul Ke 4 Perkara Ini Buatkan Korang Rasa Menyesal Tak Ambil Sarapan Pagi? KlikSINI 

3) Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh? Klik SINI 


4) 6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara. Klik SINI

5) Tips Tampak Ringkas Tapi Super ‘In-Trend’ Dengan 6 Aksesori Cun Ini!. Klik SINI

Monday, January 11, 2016

KURSUS ASAS PEMBINAAN BLOGSPOT

15 JANUARI 2016!!

Apa yang anda buat pada hari tersebut?

Anda mempunyai apa-apa rancangan?

Anda tinggal berdekatan dengan Kolej Komuniti Ledang?

Jika anda mempunyai kelapangan, jom belajar bersama KJ dan Miss Hani untuk membina blogspot. Hanya 5 jam anda akan dapat membina satu laman blog. Jika anda ada produk sendiri, boleh digunakan untuk promosi. Jumpa anda Jumaat nanti!!!



PESANAN  
1) Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang tunai menanti anda!! Tarikh tutup semakin dekat!!!
 
2) Betul Ke 4 Perkara Ini Buatkan Korang Rasa Menyesal Tak Ambil Sarapan Pagi? Klik SINI 
 
3) Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh? Klik SINI 
 
4) 6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara. Klik SINI