Jika anda ada RM 5 di dalam dompet sekarang, apa
yang anda akan buat?
Belanja? Menyimpan? Sedekah?
KJ sarankan anda melabur untuk masa hadapan. Bukannya
melabur membeli saham tetapi mendapatkan ilmu untuk masa hadapan. Betulkah RM 5
sahaja? Betul!!! Tetapi anda perlu menghadirkan diri di Masjid Kampung PT Hj
Idris, Bukit Gambir pada 10 Oktober 2015 sempena program Jelajah Kampung.
Kursus apa yang ditawarkan?
Antara kursus yang ditawarkan ialah Kursus Servis Motorsikal,
Kursus Servis Penghawa Dingin Kereta, Kursus Pembuatan Cheese Tart, Kursus
Pembuatan Cheesekut, Kursus Asas Terapi Rawatan Wajah dan Kursus Asas Solekan.
Selain itu, turut ada Gerai Jualan dan Pameran. Ayuh, jangan ketinggalan untuk
mendapatkan ilmu pada harga yang sangat murah ini!!!
Jika anda ingin mengetahui juga mengenai pengambilan
pelajar bagi sesi November 2015 Kolej Komuniti Ledang, anda boleh hadirkan diri
di sana. Tawaran November 2015 dibuka untuk Sijil Kenderaan ringan, Sijil
Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.
Bukankah kita di galakkan menuntut ilmu dari buaian
hingga ke liang lahad? Inilah konsep pembelajaran sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment