13 Oktober 2015
Alhamdulillah, selesai juga KJ bersama rakan sekerja Miss
Hani mengajar kursus pendek asas Microsoft Office Powerpoint kepada
pelajar-pelajar darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Banjar.
Inisiatif cikgu dari sekolah ini bagi mengisi masa
terluang pelajar selepas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
haruslah dipuji. Jika ada mana-mana sekolah yang berminat untuk mengikuti
Kursus Pendek dari pelbagai bidang seperti komputer, masakan, automotif,
penyamana udara, Bahasa, muzik dan sebagainya bolehlah menghubungi facebook
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ledang.
Berbalik kepada kursus yang KJ ajar, sangat seronok
melayan adik-adik ini selama 5 jam di makmal komputer Kolej Komuniti Ledang.
Ada yang sudah ada kemahiran asas komputer dan ada yang tidak tahu langsung.
Jadi kami bersama-sama belajar. Berikut adalah Cadangan dan Komen adik-adik ini
untuk kursus yang KJ dan Miss Hani ajar:
“Layanan yang diberikan kepada kami adalah sangat baik” - Adik Siti Hazwani Bte Hazman
“Masa kalau boleh sampai petang” - Adik Mohd Aminuddin bin Lukmanul Hakim
“Memang bagus ada kursus pendek ini”- Adik Nur Misha Wahida Bt Abd Razak
“Guru yang ajar saya sangat best”- Adik Anomathirah Binti Mohd Norasikin
“Pengajaran yang disampaikan mudah difahami”- Adik Nur Darina Binti Alias
Setiap komen positif atau negatif yang kami terima, kami akan
ambil untuk mempertingkatkan lagi cara pengajaran kami. Kebanyakan komen yang
diberikan minta masa kursus dipanjangkan, tidak cukup hanya 5 jam. Terima kasih
kami ucapkan, dan kami harap ilmu yang diajar itu akan dimanfaatkan.
No comments:
Post a Comment