Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!
Hari ini KJ ingin berkongsi tips bagi menjimatkan duit yang
telah dikongsikan kepada KJ….sharing is caring. Tipsnya ialah hapuskan segala hutang
terlebih dahulu. Maksudnya, bayar segala hutang yang telah dibuat. Bukannya
hapuskan dengan cara buat-buat lupa pada hutang!!
Kenapa perlu hapuskan semua hutang? Ini kerana selagi
hutang tidak habis bayar, kita tidak dapat melihat akaun bank kita membesar
dari semasa ke semasa. KJ ada dua hutang di bank iaitu pinjaman kereta dan
peribadi. KJ berazam hendak selesaikan tahun ini juga. Nasib baik pinjaman
pelajaran telah selesai. Kalau tidak tinggal beberapa sen je dalam akaun sebab
potongan melalui gaji hehe.
Dengan menghapuskan hutang, anda boleh menyimpan duit
tersebut. Lagi cepat hutang dilangsaikan, lagi senang hati tidak perlu fikir
pasal hutang. Rasulullah s.a.w ada mengingatkan kita bahawa orang yang
berhutang wajib menjelaskannya, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi
menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang
tersebut. Perlu untuk merekod segala hutang supaya tidak lupa. Ini terbalik yang memberi
hutang pula merasa malu untuk meminta semula hehe. Jadi berazamlah untuk
menyelesaikan segala hutang sama ada hutang dengan manusia mahupun dengan
ALLAH.
Ingin tahu tips lain? Hanya suka (like) blog Kelas Moden
ini dan facebook KJ
PESANAN
1) Jangan lepaskan peluang menyertai
pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang
tunai menanti anda!!
2) Jika anda mempunyai kewangan lebih, jom memberi
sumbangan kepada mangsa banjir
No comments:
Post a Comment