Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat menyambut hari Thaipusam kepada semua penganut hindu…
Hari ini KJ cuti, duduk rumah sahaja.
KJ hendak tanya, pernah tak anda selalu memberi alasan?
Mesti pernah punya. KJ pun pernah memberi alasan dan berusaha untuk
mengurangkannya. Tetapi tahukah anda alasan adalah punca kegagalan mutlak?
KJ selalu juga menerima pelbagai alasan daripada pelajar,
kadang-kadang kelihatan tidak logik. Contohnya apabila KJ suruh menyiapkan satu
tugasan dalam tempoh seminggu, ada pelajar yang siap dan ada yang tidak. Sudah
pasti pelajar yang tidak menyiapkan tugasan itu akan memberi 1001 alasan,
laptop rosaklah, kawan pinjam, tertinggal dan macam-macam lagi. Kalau beginilah
alasannya, bagi tugasan dalam tempoh sebulan pun tidak akan siap, jika sikap
itu tidak diubah. Disini kita dapat lihat siapa yang berusaha dan ingin berjaya.
Sikap sering memberi alasan adalah satu sikap yang
merangsang kepada kegagalan. Cuba jauhi diri daripada sikap ini bagi memacu
kejayaan dalam diri.
Berhenti memberi alasan jika anda ingin Berjaya!!!!
No comments:
Post a Comment