UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, January 8, 2016

HAPUSKAN HUTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Hari ini KJ ingin berkongsi tips bagi menjimatkan duit yang telah dikongsikan kepada KJ….sharing is caring. Tipsnya ialah hapuskan segala hutang terlebih dahulu. Maksudnya, bayar segala hutang yang telah dibuat. Bukannya hapuskan dengan cara buat-buat lupa pada hutang!!

Kenapa perlu hapuskan semua hutang? Ini kerana selagi hutang tidak habis bayar, kita tidak dapat melihat akaun bank kita membesar dari semasa ke semasa. KJ ada dua hutang di bank iaitu pinjaman kereta dan peribadi. KJ berazam hendak selesaikan tahun ini juga. Nasib baik pinjaman pelajaran telah selesai. Kalau tidak tinggal beberapa sen je dalam akaun sebab potongan melalui gaji hehe.

Dengan menghapuskan hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat hutang dilangsaikan, lagi senang hati tidak perlu fikir pasal hutang. Rasulullah s.a.w ada mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang wajib menjelaskannya, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Perlu untuk merekod segala hutang supaya tidak lupa. Ini terbalik yang memberi hutang pula merasa malu untuk meminta semula hehe. Jadi berazamlah untuk menyelesaikan segala hutang sama ada hutang dengan manusia mahupun dengan ALLAH.

Ingin tahu tips lain? Hanya suka (like) blog Kelas Moden ini dan facebook KJ

PESANAN  
1) Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang tunai menanti anda!!

2) Jika anda mempunyai kewangan lebih, jom memberi sumbangan kepada mangsa banjir 


Monday, January 4, 2016

KURSUS PENDEK KLUSTER KOMPUTER JANUARI 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Disini KJ hendak menghebahkan kursus-kursus pendek yang dianjurkan di Kolej Komuniti Ledang di bawah kluster Grafik dan Multimedia bagi bulan Januari 2016 ini. Ayuh jangan lepaskan peluang!!! Boleh jumpa KJ nanti hehe (perasan artis!!!!)


Jika anda ingin mengetahui kursus-kursus pendek lain, bolehlah lawat facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej KomunitiLedang. Ada macam-macam kursus lagi seperti kursus asas terapi wajah, kursus automotif, kursus menjahit dan lain-lain lagi. Anda juga boleh memohon kursus yang anda minat. Jadi apa tunggu lagi? Tempat terhad!!! Yuran Murah!!!!

PESANAN
Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang tunai menanti anda!!

http://kelasmoden.blogspot.my/2016/01/sudoku-002.html

Friday, January 1, 2016

SUDOKU 002

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Tahun Baru!!!

Di atas sambutan yang hangat untuk pertandingan yang julung-julung kali KJ anjurkan iaitu SUDOKU 001, maka pertandingan ini diteruskan lagi. Terima kasih kepada yang mengambil bahagian dan menyokong blog Kelas Moden ini.

Berikut adalah soalan SUDOKU 002



Apa yang anda perlu buat? Anda hanya perlu lengkapkan Sudoku tersebut dan emailkan kepada KJ sama ada di facebook atau email khairul_khai86@yahoo.com

Tetapi sebelum itu anda mesti menebuhi syarat berikut

Syaratnya mudah,

a) Anda perlu sertai (join) blog ini atau tambah (add) KJ di facebook.

b)Lengkapkan Sudoku yang diberi dan emailkan pada KJ di facebook ataukhairul_khai86@yahoo.com. Beserta dengan nama penuh, email dan nombor telefon

c) SUDOKU 002 ini akan berlangsung dari 1 hingga 14 Januari 2016. Nama pemenang akan diumumkan pada 15 Januari 2016. Hadiah berupa wang tunai RM 20 untuk 2 pemenang.


Jangan lepaskan peluang mencuba permainan yang mudah ini!