UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, January 8, 2016

HAPUSKAN HUTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Hari ini KJ ingin berkongsi tips bagi menjimatkan duit yang telah dikongsikan kepada KJ….sharing is caring. Tipsnya ialah hapuskan segala hutang terlebih dahulu. Maksudnya, bayar segala hutang yang telah dibuat. Bukannya hapuskan dengan cara buat-buat lupa pada hutang!!

Kenapa perlu hapuskan semua hutang? Ini kerana selagi hutang tidak habis bayar, kita tidak dapat melihat akaun bank kita membesar dari semasa ke semasa. KJ ada dua hutang di bank iaitu pinjaman kereta dan peribadi. KJ berazam hendak selesaikan tahun ini juga. Nasib baik pinjaman pelajaran telah selesai. Kalau tidak tinggal beberapa sen je dalam akaun sebab potongan melalui gaji hehe.

Dengan menghapuskan hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat hutang dilangsaikan, lagi senang hati tidak perlu fikir pasal hutang. Rasulullah s.a.w ada mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang wajib menjelaskannya, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Perlu untuk merekod segala hutang supaya tidak lupa. Ini terbalik yang memberi hutang pula merasa malu untuk meminta semula hehe. Jadi berazamlah untuk menyelesaikan segala hutang sama ada hutang dengan manusia mahupun dengan ALLAH.

Ingin tahu tips lain? Hanya suka (like) blog Kelas Moden ini dan facebook KJ

PESANAN  
1) Jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan SudokuSiri 2. Hadiah wang tunai menanti anda!!

2) Jika anda mempunyai kewangan lebih, jom memberi sumbangan kepada mangsa banjir 


No comments:

Post a Comment