UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, October 9, 2015

HARI SUKAN NEGARA

Esok!!!

10 Oktober 2015

Hari sukan negara!! Apa yang akan anda lakukan pada hari esok? Esok dimestikan berpeluh bagi menyokong hari sukan negara tau. Jom sihatkan badan. KJ dan pasukan petanque Kolej Komuniti Ledang Johor seramai 12 orang akan menyertai pertandingan petanque di Kolej Komuniti Segamat 2.

Apa itu sukan petanque? KJ akan ceritakan dalam entri akan datang. Kalau hendak buat kursus pendek bermain petanque pun boleh, hanya hubungi KJ. Walaupun, ramai yang anggap sukan petanque ini mudah, tapi anda perlu cuba dulu baru tahu.


Walaupun esok cuti dan pelajar-pelajar ini sudah habis semester, kami tetap main petanque. Banyak kenangan manis sepanjang setahun kami ber-petanque. Doakan kejayaan kami esok!! 


Sunday, October 4, 2015

JIKA ANDA ANDA RM 5

Jika anda ada RM 5 di dalam dompet sekarang, apa yang anda akan buat?

Belanja? Menyimpan? Sedekah?

KJ sarankan anda melabur untuk masa hadapan. Bukannya melabur membeli saham tetapi mendapatkan ilmu untuk masa hadapan. Betulkah RM 5 sahaja? Betul!!! Tetapi anda perlu menghadirkan diri di Masjid Kampung PT Hj Idris, Bukit Gambir pada 10 Oktober 2015 sempena program Jelajah Kampung.


Kursus apa yang ditawarkan?

Antara kursus yang ditawarkan ialah Kursus Servis Motorsikal, Kursus Servis Penghawa Dingin Kereta, Kursus Pembuatan Cheese Tart, Kursus Pembuatan Cheesekut, Kursus Asas Terapi Rawatan Wajah dan Kursus Asas Solekan. Selain itu, turut ada Gerai Jualan dan Pameran. Ayuh, jangan ketinggalan untuk mendapatkan ilmu pada harga yang sangat murah ini!!!

Jika anda ingin mengetahui juga mengenai pengambilan pelajar bagi sesi November 2015 Kolej Komuniti Ledang, anda boleh hadirkan diri di sana. Tawaran November 2015 dibuka untuk Sijil Kenderaan ringan, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.


Bukankah kita di galakkan menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad? Inilah konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Friday, October 2, 2015

HENDAK JUAL APA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang tahu ada hadis menyatakan, Sembilan daripada sepuluh pintu rezeki adalah melalui perniagaan dan semua orang tahu juga, senarai orang kaya di dunia dan di Malaysia kebanyakan yang berniaga atau bisnes.

Jadi kenapa anda tidak mahu melaksanakan perniagaan?

Alasan yang biasa KJ dengar adalah “tidak tahu hendak berniaga apa?”. Jadi di sini KJ hendak mencadangkan supaya untuk permulaan perniagaan anda ini, anda berniaga mengikut minat anda. Ini kerana minat akan memberi momentum dan semangat kepada anda untuk terus berusaha dan tidak cepat berputus asa jika ada sebarang rintangan.

Minat macam mana yang boleh dijadikan perniagaan?

Anda perlu pastikan apa yang diminati mempunyai permintaan dan pasaran. Ini bagi mengelakkan anda menjalankan perniagaan syok sendiri (SS). Anda boleh melaksanakan kajian pasaran terlebih dahulu.


Bagi KJ, KJ minat bercakap dan kanak-kanak. KJ sekarang tengah merancang satu bentuk perniagaan ke arah itu. Nantikannya!!!! Maka anda boleh mula merangka perniagaan anda berdasarkan minat anda!!



IKLAN

Madu Kira Haq adalah produk terbaru di Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad, harganya sangat murah iaitu RM 1.00 / sachet. Ia asli tanpa gula. Jika anda demam dan keadaan sekarang yang berjerebu, KJ sarankan anda mengamalkan memakannya setiap hari. InsyaALLAH akan sembuh, tambahan pula madu adalah amalan sunah yang perlu dicontohi. Dapatkannya di Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad. Anda akan dapat diskaun dan point jika anda berbelanja dengan menggunakan MYKAD.