15 November 2015
Alhamdulillah kami Berjaya memenangi tempat kedua
pertandingan roket air kategori IPTA / IPTS kategori terbuka Melaka dimana kami
membawa pulang wang tunai RM 1000, medal dan sijil. Kemenangan yang KJ tidak
jangka tetapi sangat puas hati melihat pelajar-pelajar KJ gembira.
Pada pagi itu, kami hadir tanpa harapan yang tinggi.
Sehingga sampai satu tahap malu untuk mengeluarkan roket air itu. Ini kerana
kami melihat reka bentuk roket air dari peserta-peserta lain sangat hebat, dan
yang kelakarnya roket air kami siap dengan warna-warni dan lukisan harimau Malaya.
Inilah pengalaman pertama kami.
 |
roket 'Harimau Malaya' kami |
Undian di cabut, dan kami memang “bertuah” menjadi
peserta pertama untuk melancarkan roket air kami. Ada 2 tugasan yang perlu kami
lakukan iaitu kategori payung terjun (parachute) dan sasaran (target). Sebelum
pertandingan dimulakan, juri menerangkan bagaimana roket air berfungsi, rekabentuk
aerodinamik, titik pusat roket, konsep payung terjun, dan pelbagai lagi ilmu
berteraskan sains. KJ perhatikan pelajar-pelajar KJ, mereka amat tertarik dengan
ilmu baru itu walaupun KJ tahu roket air yang mereka cipta ini berkonsepkan main
buat / main jadi sahaja berdasarkan sumber internet. KJ memang memberi sepenuh
kebebasan kepada mereka dan hanya memberi panduan dan galakkan sahaja.
Apabila kami diminta melancarkan roket kami sebagai
peserta pertama, sudah tentu semua mata akan tertumpu kepada kami. KJ berdiri
di luar kawasan pertandingan sama seperti penonton lain, hanya membiarkan 4
orang pelajar KJ iaitu Kak Yan, Syahmie, Mat dan Udin menyiapkan roket untuk
dilancarkan di tengah-tengah tapak pertandingan.
Air di isi, roket air dimasukkan ke dalam pelancar dan
tekanan di bubuh. Ini adalah untuk kategori pertama iaitu Payung terjun. Roket
akan dilancarkan dengan tekanan yang tinggi dan akan mengeluarkan payung
terjun. Masa dicatatkan bermula daripada payung terjun kembang sehingga
mana-mana bahagian roket pertama jejak ke tanah. Lagi lama masa di ambil, lagi
bagus dan markah lebih tinggi. Seram sejuk dibuatnya, ini kerana sepanjang kami
cuba kat kolej, hanya sekali sahaja payung terjun itu Berjaya kembang.
Kiraan dimulakan…3….2….1….roket air kami dilepaskan, laju
meluncur ke atas…dan payung terjun Berjaya mengembang….perlahan-lahan roket air
itu turun TETAPI, penutup di bahagian hadapan roket air tercabut dan laju
mendarat. Masa diberhentikan apabila penutup itu jejak tanah. Jelas kelihatan
di muka pelajar KJ perasaan kecewa itu. KJ menasihati mereka
“Nikmati pertandingan ini, kamu semua sudah berusaha,
janji payung terjun kamu terbuka. Ada satu lagi tugasan, jangan mengalah”
Rupanya, banyak juga payung terjun roket air peserta lain
tidak terbuka.