UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, February 12, 2016

KELUAR SURAT KHABAR

Alhamdulillah…..

Artikel mengenai program kesukarelawan membersihkan masjid dan surau hari itu telah keluar surat khabar Metro hari ini. Terima kasih Miss Suganthe untuk artikel ini dan tahniah Puan Zurani selaku pengarah program yang membimbing pelajar-pelajar ini. KJ bangga juga kerana dapat menyertai program kesukarelawan ini. KJ jadi floor manager yang membimbing pelajar iaitu saudara Hazim. Seronok sangat program ini kerana dapat bersama-sama dengan komuniti setempat.



Pagi-pagi lagi, dalam group WhatsApp pelajar-pelajar ini meneka gambar siapa yang keluar itu, kerana di dalam akhbar ia tidak jelas. Disebabkan KJ yang mengambil gambar ini, maka disini KJ meletakkan gambar originalnya. Sudah jelas gambar yang membasuh kolah tempat wuduk di Surau Kampung Payamas adalah Abe, Bull, Zaidi, dan Fikri. Gambar Ammar terlindung di belakang hehe. Popular sekejap mereka.



Program seterusnya apa ye? Nantikan……

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Nantikan pertandingan SUDOKU 004 yang akan muncul tidak lama lagi
3. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Betulkah tandas awam di Malaysia antara yang terteruk? Klik SINI
2. Apa akan terjadi jika anak anda diletakkan dihadapan meja yang penuh dengan makanan? Klik SINI
3. Kool gadget samsung ini. Jom tengok di SINI

No comments:

Post a Comment