UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Thursday, February 11, 2016

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Pejam celik, pejam celik….

Peperiksaan akhir semester sudah menjelma….minggu hadapan sahaja iaitu dari 14 februari 2016 hingga 18 februari 2016, pelajar KolejKomuniti Ledang akan menduduki peperiksaan akhir. Bagi pelajar semester akhir sebelum menjalani latihan industri, minggu hadapan adalah minggu yang akan meninggalkan 1001 kenangan. Selepas itu, mengembaralah mereka mengharungi kehidupan penuh onak dan duri. KJ yakin mereka akan merindui suasana belajar di Kolej Komuniti Ledang.



KJ juga akan sedih, tetapi sudah biasa mengalaminya setiap semester. KJ bangga melihat anak-anak didik KJ Berjaya di luar sana.. Yang pergi silih berganti, dan kemasukkan pengambilan bulan Mac 2016 kini telah dibuka. Anda yang berminat untuk mengambil sijil Kenderaan Ringan, SijilTeknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Pastri dan Sijil PengoperasianPerniagaan, bolehlah menghubungi pejabat Kolej Komuniti Ledang di talian 06-9789295 , facebook KKLJ, atau hubungi KJ di talian 0176807564.

Anda tiada SPM? Jangan risau, kerana di Kolej KomunitiLedang juga menyediakan Sijil Persediaan untuk pelajar-pelajar yang gagal SPM. Seperti yang KJ selalu sarankan kepada pelajar KJ. Tidak penting di mana anda bermula, yang penting di mana anda berakhir. Banyak kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka.


KJ kerap juga lepak dengan bekas pelajar KJ, yang terbaru ini semasa KJ pergi ke Kelantan. Terima kasih Hazmi dan Arif. KJ tidak sempat berjumpa dengan Irfan. Pengalaman di Kelantan akan diceritakan dalam entri akan datang.

Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Nantikan pertandingan SUDOKU 004 yang akan muncul tidak lama lagi
3. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Betulkah tandas awam di Malaysia antara yang terteruk? Klik SINI
2. Apa akan terjadi jika anak anda diletakkan dihadapan meja yang penuh dengan makanan? Klik SINI
3.Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta baru. Klik SINI

No comments:

Post a Comment