Semalam, 19 September 2015
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka
dan Johor 2015 berlangsung.
Dua hari KJ berkampung di UTeM, tempat dimana
berlangsungnya majlis tersebut. Pada mulanya, KJ pergi ujibakat untuk menjadi
pengacara majlis, tetapi KJ gagal terpilih. Kemudiannya KJ ditarik menjadi
ahli jawatankuasa Media dan Promosi.
Pada 18 September 2015, sesi raptai dan pengambilan jubah
berlangsung. Dapatlah KJ berjumpa sekejap dengan pelajar-pelajar kelas KJ,
Rafi’i, Siva, Faiq, Syed, Asyraf, Echam, Shafiq,Safwan, Muazam, Suhail, Rauf,
Hafiz dan Syukri. 4 orang tidak dapat hadir nazirul faiz, daus, faidhi dan
kimi. Tapi KJ tak sempat bergambar sangat, sebab KJ terkejar-kejar
menyediakan bilik media dan buat promosi. Hari itu KJ balik agak lewat, pukul
9 lebih KJ sampai rumah.
Pada 19 september, sesi konvokesyen mereka adalah pada sesi
kedua iaitu selepas zohor. Sesi pertama adalah graduan dari Kolej Komuniti
Negeri Sembilan dan Melaka. Pasukan kami perlu mengedarkan akhbar di awal pagi,
membuat rakaman video graduan cemerlang dan melayan pihak media. Memang KJ
tidak sempat berjumpa dengan pelajar KJ. Tambahan pula, talian telefon dan
internet KJ sangat teruk. Memang tidak dapat dihubungi.
Selesai sahaja sesi kedua, para graduan keluar dewan dan
bergambar. Kelihatan riak gembira di muka wajah ibubapa masing-masing. Dari
jauh KJ melihat seorang pelajar KJ, yang agak nakal di dalam kelas tetapi
masih ikut arahan KJ. Dia mengangkat tangan ke arah KJ, KJ hanya tersenyum. KJ melihat dia memimpin ibunya ke kawasan photobooth dan bergambar dengan
senyuman. KJ pun turut terikut senyum dengan bangga.
Petang itu, KJ balik rumah kepenatan. Banyak Wassap
masuk, akibat talian internet KJ sangat teruk di UTeM. KJ membacanya
“Encik di mana? Jom bergambar”
Tiada rezeki!!
Semoga anda semua terus bersinar bagai mutiara.
Ingin melihat lebih banyak gambar, video dan info? Like
laman facebook Kolej Komuniti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
No comments:
Post a Comment