Pejam celik pejam celik tinggal lagi sebulan rupanya…
Apa dia?
Sasaran yang KJ letak dahulu, hendak kurus pada 31
Oktober 2015. Boleh lihat pada banner di atas. Kata Kevin Zahri, kalau hendak
kurus kena beritahu semua orang baru nanti semangat berusaha hendak kurus tetapi sekarang KJ rasa menyesal pun ada. HAH. Boleh baca di SINI
Tips atau ilmu kedua kesihatan yang baru KJ tahu ialah nasi tidak
bersalah dalam pertambahan berat atau kegemukan seseorang, yang bersalah adalah jumlah pengambilan nasi
yang melebihi keperluan badan, tabiat pemakanan dan gaya hidup keseluruhan.
Patutlah, KJ kononnya tidak mahu makan nasi. Maka tidak
mengambil nasi pada waktu sarapan dan makan tengah hari dan akhirnya apabila
waktu makan malam, KJ melantak 2 pinggan nasi. Terketar-ketar lutut tidak ambil nasi
dalam sehari.
Kali ini KJ cuba kawal pengambilan nasi, rasanya sebesar
penumbuk sudah cukup. Harap dalam tempoh sebulan ini, nampaklah hasilnya.HAH
siapa yang tidak tergoda kalau macam ini? |
No comments:
Post a Comment