Pagi ini, KJ pergi kerja seperti biasa. Hanya pelajar
sekolah sahaja dibenarkan bercuti. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, KJ
sempat mengambil gambar keadaan jerebu. Makin serius dan KJ sudah mula batuk
dan rasa gatal tekak. Rasa tidak selesa!!
semasa perjalanan ke tempat kerja |
Maka disini, KJ ingin berkongsi tips elak penyakit akibat
jerebu yang telah KJ kumpulkan untuk rujukan KJ.
Pertama, kurangkan aktiviti luar. Nasib baik, pejabat KJ
berhawa dingin dan bengkel/kelas tertutup. Tetapi, sekarang ini, KJ dan pasukan
petanque KKLJ kerap berlatih untuk bermain semasa Hari Sukan Negara 10 oktober ini.
Tidak tahulah sama ada pertandingan itu akan ditunda atau tidak.
Kedua, Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter
sehari. Sekarang ini pun KJ selalu membawa ke mana-mana air mineral botol besar
itu, tetapi jarang habis. KJ selalu juga pesan kepada pelajar-pelajar KJ supaya
sentiasa minum air mineral yang di jual di Koperasi Kolej Komuniti Ledang JohorBerhad. Sempat lagi KJ promosi!
Ketiga, gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti
udara tidak sihat. Ini dapat menapis dan menghalang udara yang kotor serta
berhabuk dihidu.
Keempat, pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jangan merokok. Apa beza jerebu dan asap rokok?
Akhir sekali, pastikan anda berjumpa doktor dengan segera
jika keadaan menjadi semakin teruk.
No comments:
Post a Comment