Anda malu untuk berniaga?
Ruginya sebab 9 daripada 10 sumber rezeki adalah melalui
perniagaan. Kenapa perlu malu? KJ dulu juga rasa sangat malu dan kurang yakin
apabila berdepan dengan orang ramai, tetapi apabila kita tidak menghadapinya,
sampai bila-bila pun kita akan rasa malu.
Ingat lagi ketika KJ pertama kali kena mengajar di
hadapan kelas, rasa malu dan tidak yakin kerana kebiasaannya KJ berada di
bahagian belakang bukan di bahagian hadapan. KJ ingat juga ketika pertama kali
berjumpa dengan pembekal untuk Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad dan
pertama kali mengajar kursus pendek pada orang luar iaitu komuniti setempat.
Memang kita akan rasa pelbagai perasaan sebab itu pertama kali kita
melakukannya.
Tapi sekarang KJ sudah tidak tahu malu (malu bertempat).
Cara untuk mengatasi perasaan malu dan kurang yakin itu ialah anda perlu
menghadapi situasi itu dan meningkatkan kemahiran interpersonal anda. Selain
itu, tanamkan dalam fikiran anda bahawa perniagaan adalah digalakkan di dalam
islam dan jika anda malu, anda yang rugi.
Tapi percayalah, apabila anda malu, ia akan memberi
kelebihan kepada persaing anda. Anda rugi apabila anda malu untuk memulakan
perniagaan, anda malu untuk berjumpa pelanggan, dan anda malu untuk jual produk.
Dan baru sebentar tadi kami menang pidato peringkat daerah dan KJ bertanya pada pelajar KJ
Masih rasa malu dan gemuruh ke?
Tidak
Akhirnya, itu yang KJ hendak setelah KJ membawanya 3 kali masuk pertandingan pidato. Malu biarlah bertempat seperti malu melanggar perintah
ALLAH. Jangan ia sampai mengganggu pencapaian anda!!
No comments:
Post a Comment