Anda bosan berjimat?
Pastikan anda seorang yang berjimat bukan kedekut. Adakah
anda jelas perbezaan diantara jimat dan kedekut?
Jimat adalah anda membeli sesuatu benda yang mendatangkan
kebaikan kepada anda, tetapi jika tidak, anda tidak membelinya dan menyimpan.
Manakala kedekut adalah anda berkira dalam mengeluarkan wang walaupun anda tahu
benda tersebut mendatangkan kebaikan kepada anda.
Adakah anda berasa bosan berjimat? Amat bahaya jika anda
mempunyai perasaan hanya wang sahaja mampu melahirkan kegembiraan. Banyak cara
dapat dilakukan bagi melahirkan kegembiraan atau mengatasi kebosanan tanpa mengeluarkan wang. Contohnya,
berjoging atau bersiar-siar di taman.
Bagi KJ, jika sesuatu itu dapat KJ jimatkan, KJ akan
berusaha mengurangkan perbelanjaannya. Contohnya, sebelum ini KJ menggunakan
broadband yang tidak mudah alih untuk komputer riba KJ dan KJ juga melanggan
internet untuk telefon setiap bulan. Bagi broadband, KJ perlu bayar dalam RM 70
setiap bulan dan untuk internet telefon KJ melanggan dalam RM 60 sebulan.
Jumlahnya RM 130 sebulan.
Sekarang ini, KJ guna broadband mudah alih yang boleh di
pakai untuk telefon dan komputer riba serentak. Hanya RM 90 sebulan. Jadi KJ
sudah dapat jimat RM 40 sebulan disitu.
Jadi, pesan KJ, kita perlu bijak berjimat tetapi jangan sampai
menjadi kedekut!!
No comments:
Post a Comment