UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, June 24, 2016

MAAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernah dengar lagu "Sorry seems to be the hardest word" ?

Maaf....Perkataan paling sukar diungkapkan. Betullah, bukan senang seseorang itu untuk merendahkan egonya bagi memohon maaf. Adakah anda berani seperti adik ini? Lihat video di SINI

Adik ini mengaku setiap kesilapan yang dia lakukan dan memohon maaf. Kita biasanya mengungkapkan secara umum kemaafan itu. Di hari lembaran yang semakin kunjung tiba ini, marilah kita saling memohon maaf dan memaafkan.

Dan ingatlah ungkapan maaf itu tidak semestinya menandakan kita bersalah dan pihak satu lagi betul, tetapi ia lebih kepada mementingkan perhubungan itu berbanding ego.Maaflah dalam erti kata sebenar, iaitu melupakan segala kesalahannya, bukan hanya sekadar di bibir dan diungkit kembali suatu hari nanti. Dan janganlah ia menjadi dendam.

Tekan gambar bagi melihat video penuh

Di kesempatan ini, abam ingin menyusun sepuluh jari andai kata dalam abam berblog ini ada mengguris mana-mana hati dan perasaan, abam meminta maaf. Abam juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Abam ucap awal-awal takut sudah sibuk beraya nanti hehe  


NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana, bolehlah menyambung di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Siapa nak duit raya RM 85000 hanya dengan pergi pasar Ramadan?. Klik SINI bagi mengetahui Pasar Ramadan mana yang terlibat. Jom Serang!!!
2. Siapa nak pakej gambar keluarga bernilai RM 2000?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

No comments:

Post a Comment