UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Wednesday, June 29, 2016

SIAPA KITA TANPA AYAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayah!!

Abah!!

Daddy!!

Father!!

Untungnya siapa yang masih ada ayah....Abam sudah tiada ayah, sejak 28 Disember 2012. Sentiasa abam ingat tarikh itu. Abam terlalu rindu abah!!!

Video ini telah buat mata abam berkaca. Biasalah seorang ayah ini susah hendak menunjukkan kasih sayangnya. Mungkin sebab ego seorang lelaki. Abam sendiri pun susah nak menunjukkan kasih sayang abam pada adik-adik abam dan pelajar abam. Tetapi abam selalu mengambil berat dan risau akan masa hadapan mereka. Sentiasa memberi nasihat dan membantu apabila susah.

Itulah, video ini memberi pengajaran yang sangat besar kepada abam. Masa adalah anugerah paling bermakna. Kita tidak mampu untuk mengundurkan masa. Sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk bersama orang tersayang. Hargailah orang sekeliling kita!!!

tekan gambar bagi melihat video penuh


Abam selalu tengok semasa pendaftaran pelajar ke Kolej Komuniti Ledang, ibubapa penuh harapan yang tinggi untuk melihat anak mereka berjaya. Jadi janganlah mempersia-siakannya!!! Video ini hampir sama dengan situasi pelajar abam suatu dahulu.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Tiada duit pun boleh berbelanja tetapi bagaimana?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Nak dapatkan ayam tandoori yang sedap?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

No comments:

Post a Comment