UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Monday, June 27, 2016

OMOK LAHIRKAN KOPERASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pukul 3 petang tadi, abam dapat whatsApp daripada Kak Zira, penjaga koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor bahawa kucing yang selalu hadir di koperasi sudah beranak. Abam lekas turun ke koperasi, lihat kucing yang diberi nama 'Omok' sudah berada di dalam kotak dan telah melahirkan 2 ekor anak yang comel.

Lagak abam sebagai seorang lelaki sejati, mengusap kepala Omok. Omok keletihan baru melahirkan 2 ekor anak. Abam yakin ada lagi anak kucing yang tidak keluar kerana perut omok agak besar daripada bulus, kucing peliharaan abam di rumah.



Abam tunggu sambil mengusap kepala omok dan selepas 10 minit, betul sangkaan abam, omok melahirkan lagi seekor anak kucing. Abam dapat melihat sendiri proses kelahiran anak kucing itu di depan mata abam. Harap puasa abam tidak terbatal!!! hehe. Kelihatan omok malu-malu dengan abam. Maafkan abam omok!!

Kelihatan kak zira memberi sokongan dari jauh sambil meninjau abam kerana Kak zira takut pada darah.

"Omok...semangat ye"

"Omok...kuat ye"

Abam terdengar sorakan Kak Zira itu, abam rasa macam Kak Zira kutuk abam je, panggil abam gemuk heheh.

Selepas lama abam tunggu seperti tiada tanda-tanda ingin melahirkan anak lagi, abam pun memberi nama anak Omok iaitu Cikedis, Coklat dan Coop sempena kelahiran di dalam koperasi heheh


Selang 20 minit, kelihatan Omok seperti tidak selesa, macam hendak lahirkan anak lagi. Abam usap kepala Omok dan kata

"Push Omok"

"Push Omok"

Dan akhirnya secara rasmi, ada 4 ekor anak Omok. Maka abam tukar nama anak Omok menjadi Ko-Pe-Ra-SI. Semoga dengan kelahiran anak-anak Omok ini, Koperasi Kolej Komuniti Ledang menjadi lebih maju. Sesiapa nak tengok anak Omok kena beli tiket RM 1.00 satu hehehe. Baru la koperasi maju hehe.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Tiada duit pun boleh berbelanja tetapi bagaimana?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Nak dapatkan ayam tandoori yang sedap?. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

No comments:

Post a Comment