UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Monday, July 4, 2016

ALLAHUAKBAR!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allahuakbar!!

Allah Maha Besar!!

Itulah ungkapan yang terlafaz oleh abam tadi, abam merasa sendiri Allah mendengar rintihan abam, tidak kisahlah kalau ada yang kata ia secara kebetulan. Syukur!!

Hari ini abam merancang untuk menyelesaikan semua hal berkaitan koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad dari pembayaran kwsp pekerja, mengemas koperasi, kitar semula, berbincang dengan pembekal untuk kemasukan pelajar baharu sesi Julai nanti pada 12 Julai 2016, dan lain-lain. Kiranya hari ini adalah hari Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad.

Hari ini, sampai sahaja abam di Kolej Komuniti Ledang, abam terus mengemas Koperasi, Nasib baik ada 'Omok' yang sudi menemani abam dikala kebanyakkan staf sudah bercuti. 

Omok teman abam

Koperasi dalam mood raya

Setelah siap berkemas, abam terus pergi ke Maybank untuk pembayaran kwsp pekerja. Agak susah untuk mencari parking, sehinggalah abam dapat. Selepas menggores tiket parking, abam terus masuk ke Maybank. Abam pun mengambil nombor. Terasa nak pengsan pula. Lamanya lagi!!! Abam terpaksa tunggu juga, paling tidak kena tunggu sejamlah, sebab sudah menggores tiket parking tadi. Rugi nanti!!! Nasib baik, abam ni suka membawa buku bersama, jadi sejam tu tidak terbuang begitu sahaja.

Selepas sejam, abam tengok nombor masih jauh lagi. abam terpaksa pergi ke kereta untuk menggores tiket parking lain, kalau tidak kena saman nanti. Setiba di kereta, abam terfikir

"Baik aku pergi kitar semula barang-barang yang di kemas tadi"

Abam pun kembali ke Koperasi dan mengambil barang-barang seperti kotak dan botol yang telah abam asingkan tadi. Abam pun pergi ke pusat kitar semula. Lepas lah duit untuk berbuka nanti heheh. Kemudian, abam singgah ke tempat pembekal yang berhampiran dengan pusat kitar semula itu. Abam bincang peralatan untuk pelajar-pelajar baharu yang akan masuk 12 Julai 2016 nanti.

Setelah selesai, dan tiada apa-apa untuk dikejar, abam pergi semula ke Maybank. Lagi nak waktu tengah hari lagi penuh, Ingatkan semua orang sudah cuti raya. Parking semua penuh, sehingga abam hampir mengalah. Ketika abam ingin berpatah balik terlintas di hati abam

"Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini"

Tetiba ada kereta keluar dari parking di hadapan kereta abam. Allahuakbar!!! abam tersenyum, cepat-cepat abam masuk parking. Ketika menuju ke Maybank, abam melihat ramai orang sehingga berada di luar pintu utama. Abam tidak mengharapkan nombor abam tadi itu masih boleh digunakan, tidak kisahlah kalau abam kena ambil nombor baharu.

Masuk sahaja abam ke dalam maybank, abam melihat nombor yang terpampang untuk giliran adalah 8074!!! Abam hanya tersenyum keseorangan. Allahuakbar!!!

Benarlah, abam pernah dengar ada ustaz mengatakan "Allah mengikut sangkaan hambanya". Jika seorang hamba bertaubat dengan taubat Nasuha, maka Allah akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya jika seseorang itu sejak awal sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah.

Maka bersangka baiklah pada Allah, setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Abam juga pernah dengar rintihan dan doa orang yang teraniaya serta rintihan dan doa seorang ibu itu tiada hijab dihadapan Allah. Berhati-hatilah dengan setiap tindak tanduk kita semoga diredhai.

NOTA
Kepada pelajar lepasan SPM, yang tidak tahu ingin sambung belajar di mana dan ingin menjadi juara, bolehlah menyambung pelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ada Sijil Pengoperasian Perniagaan, Sijil Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Pastri. Sesi Kemasukan pelajar sesi Julai 2016 telah dibuka. Ayuh, jangan ketinggalan!!!!


Sekian,

Facebook : KJ Kun
WeChat : kjkun86
Instagram: khairuljohari86
Call / SMS / WhatsApp : 0176807564

************************************

Pesanan Admin
1. Like Facebook KJ Brand bagi mengetahui produk-produk terbaru dari admin
2. Kepada penduduk sekitar Jasin dan Tangkak yang mencari cikgu/tutor subjek matematik dan matematik tambahan, boleh hubungi KJ di 0176807564. Tempat terhad dan bayaran berpatutan.

************************************

Anda juga mungkin meminati:
1. Dapat duit hanya dengan menjawab soal selidik mudah?. Klik SINI bagi mengetahui.
2. Video raya 'potong bawang' ini sangat menarik. Klik SINI
3. 7 extreme tips memikat suami paling win di abad ini...confirm melekat.. Klik SINI.

No comments:

Post a Comment