UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Friday, August 7, 2015

PERNIAGAAN PERLU KREATIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang ingin berniaga, tetapi perniagaan yang kreatif atau berbeza daripada kebiasaan biasanya akan mendapat sambutan. Contohnya yang terbaru, Kilang Bateri Tampoi.


KJ pun tertarik dengan konsepnya dan terasa hendak pergi jika singgah Johor Baharu. Disini KJ ingin berkongsi antara ciri-ciri Kreativiti dalam perniagaan.

Pertama, bidang perniagaan yang hendak dilakukan perlulah tulen, bukan terikut-ikut ataupun tiru. Apabila difikirkan sendiri idea perniagaan itu, maka kita akan tahu halatuju perniagaan kita. Maka perlu kreatif dalam menentukan idea perniagaan.

Kedua, kita perlu kreatif dalam meningkatkan pengeluaran atau jualan. Ini kerana apabila pengeluaran meningkat, ia akan turut meningkatkan pemasaran dan sekaligus meningkatkan pendapatan. Cuba ambil masa sejam sehari untuk memikirkan cara untuk mempertingkatkan lagi hasil jualan dan pastikan juga perbelanjaan tidak mengatasi jualan. Boleh baca tips bahagian kewangan

Ketiga, kreatif untuk membuat perubahan bagi menyesuaikan keadaan. Contohnya, filem Kodak pada suatu ketika dahulu sangat terkenal, tetapi disebabkan perubahan dan kemajuan teknologi telah melenyapkannya. Kodak tidak membuat perubahan bagi menyesuaikan keadaan. Begitu juga, jika anda melaksanakan perniagaan. Pastikan anda dapat menyesuaikan dengan keadaan. Mengambil tahu perubahan sekeliling

Keempat, anda perlu sentiasa berfikiran analitis dan mampu melihat perkara yang berada di bawah permukaan. Ini bermakna anda kena sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Senang cerita, untuk anda menjalankan perniagaan anda perlu kreatif iaitu tidak terlalu terikat dengan perkara kebiasaan sehingga susah untuk berubah dan bersifat berani untuk berubah.



Nota kaki: Kepada sesiapa yang hendak meletakkan produknya di Koperasi Kolej Komuniti Ledang dan meletakkan iklannya di blog ini, bolehlah menghubungi KJ di Facebook

No comments:

Post a Comment