Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baru-baru ini, KJ menerima satu telegram daripada bekas
pelajar KJ. Pada mulanya sekadar bertanya khabar, dan terus rancak berbalas
teks menyentuh pelbagai isu sehinggalah akhirnya dia teks KJ seperti berikut
KJ bukan hendak mengatakan yang KJ sudah Berjaya, tetapi
sebagai seorang pensyarah kita perlulah membantu sekurang-kurangnya meringankan
apa yang patut. Banyak juga impian KJ tidak tercapai lagi, salah satu contohnya
KJ hendak KURUS!
Jadi di sini KJ hendak kongsikan TIPS MENCAPAI IMPIAN
yang KJ tahu.
Pertama, pastikan apa yang kita impikan. Pastikan dengan
jelas apa yang anda impikan. Jangan terlalu umum seperti ‘Aku hendak berjaya’,
terlalu umum, Berjaya dari segi apa? Contohnya KJ hendak kurus dan sihat,
mencapai berat ideal 80 kilogram, dan mempunyai six packs, menjadi abang Sado
hehe..
Kedua, tulis pada kertas. Ini adalah sebagai simpanan
untuk rujukan dan ingatan yang mendalam. Kalau sekadar ingat sahaja, anda akan
cepat lupa. Maka tulis atas kertas dan tampal pada tempat yang anda biasa lihat
dan sesuai. Contohnya, KJ hendak kurus. Maka KJ akan lekatkan kertas pada ruang
dapur, dalam kereta dan dalam beg duit. Ini akan memperingati KJ supaya bijak
dalam memilih makanan. Anda boleh juga memberitahu impian anda kepada orang yang terdekat dengan anda sebagai galakkan.
Ketiga, Pastikan tarikh untuk mencapai impian tersebut.
Okay disebabkan KJ baru nak mula semula impian hendak Kurus, maka KJ tetapkan
tarikh untuk mencapai impian baru KJ ini lagi dua bulan, sama tarikh dengan
hari jadi KJ, boleh merayakan sekali kejayaan Berjaya kurus hehe
Keempat, Senaraikan langkah-langkah yang dapat di ambil.
Kalau macam impian KJ ini, memastikan pemilihan makanan yang betul, bersenam
dan membaca buku atau facebook berkaitan kesihatan seperti facebook KevinZahri.
Kelima, banyakkan bersabar. Setiap kejayaan itu
memerlukan pengorbanan, jadi anda perlu banyak bersabar dan jangan cepat
menyerah kalah.
Akhir sekali, Aturkan perkara mengikut keutamaan.
Pastikan anda melakukan perkara yang dirancang dan menyumbang kepada kejayaan
bukan sebaliknya. Contohnya, KJ perlu mengelakkan makanan-makanan segera dan
makan lewat malam (tabiat yang masih sukar ditinggalkan).
Dengan ini, KJ melancarkan impian Aku Nak Sihat!!!Tunggu
lagi 2 bulan untuk melihat hasilnya!
No comments:
Post a Comment