Pernahkah anda merasa rugi kerana tidak merebut sesuatu
peluang?
Dulu, KJ banyak kali merasa seperti itu lebih-lebih lagi
semasa zaman sekolah. Cikgu selalu menawarkan sesuatu peluang kepada KJ tetapi peluang
itu ditolak mentah-mentah kerana KJ merasa tidak yakin pada diri sendiri.
Tetapi sekarang KJ pantang nampak sesuatu peluang, pasti
akan KJ cuba menyambutnya. Peluang di sini bermaksud perkara-perkara baik bukan
sebaliknya, seperti KJ akan cuba menjadi pengacara majlis jika di beri peluang
bagi menambahkan keyakinan dan sebagainya.
Sesuatu peluang keemasan kebiasaannya hanya datang sekali
sahaja, jika anda tidak menyambutnya anda yang rugi. Jika peluang itu tiba dua
kali, anda memang seorang yang bernasib baik.
Jangan disia-siakan peluang yang ada. Setiap peluang yang tidak disambut
akan dipungut oleh orang lain.
Contohnya, anda mendapat peluang untuk menyambung
pelajaran, tetapi anda telah mensia-siakannya dengan ponteng kelas sehingga
anda dibuang Kolej. Anda telah insaf dan ingin menyambung semula pelajaran
tetapi telah disenaraihitamkan. Anda terpaksa bekerja dengan membuat
kerja-kerja yang layak dengan tahap pendidikan anda. Kawan-kawan anda telah menyambung pelajaran sehingga tamat dan bekerja dengan gaji yang lebih tinggi. Anda menyesal
dengan tindakan anda dahulu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Jadi
rebutlah peluang ketika ia hampir kepada kita. Jangan mensia-siakannya.
Nota: Pengambilan pelajar sesi November 2015 Kolej Komuniti Ledang bagi Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Sijil Pastri, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Kenderaan Ringan telah dibuka sekarang. Daftar segera di Laman Web Kolej Komuniti Ledang atau datang terus ke sini. Jumpa anda November nanti!
No comments:
Post a Comment