UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Sunday, January 31, 2016

PROGRAM SUKARELAWAN BERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang tadi selesai sudah program sukarelawan membersih masjid dan surau sekitar tangkak. 8 buah masjid atau surau telah menyertai program ini. Antaranya ialah

a). Surau Al-Falah Taman Tangkak 2 dan Taman Payamas
b). Surau Dewan Putra, Kg Padang Lerek
c). Surau At-Taqwa,Kg Sri Makmor
d). Surau An-Nur, Bukit Kecil Tangkak
e). Surau Kg. Solok
f). Surau Pekan Sagil
e). Masjid Jamek Kampung Payamas
f). Masjid Jamek Bandar Tangkak



KJ rasa sangat seronok kerana ini adalah program anjuran pelajar dengan di bimbing oleh pensyarah. KJ membimbing pelajar menjadi floor manager, dan sangat berpuas hati kerana program hari ini berjalan sangat lancar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir Hj Hamim B Samuri, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Ledang merangkap Ahli Parlimen Ledang. Bangga sekejap dengan pelajar sendiri hehe. Program ini melibatkan seramai 80 orang pelajar dan dibantu oleh AJK masjid/surau.






Pelbagai aktiviti dan ilmu diperolehi hari ini seperti cara melupuskan alquran dengan betul, membersihkan kipas, ruang solat, tempat wuduk dan persekitaran masjid. Siap ada permintaan untuk diadakan lagi. Sangat seronok!!!!

Perhatian:-
a)      Ketahui pemenang pertandingan SUDOKU 003 esok.


Anda mungkin juga meminati:
a) 6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak Yang Korang Boleh Buat Untuk Tahun 2016! Klik SINI
b) 10 Easy Fruit-Infused Water Recipes To Quench Your Thirst On Super Hot Days. Klik SINI
c) [OFFICIAL TRAILER]: The Revenant: Left for Dead, Back for Vengeance. Klik SINI

No comments:

Post a Comment