UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Sunday, January 24, 2016

JANGAN BANYAK MEMBERI ALASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat menyambut hari Thaipusam kepada semua penganut hindu… Hari ini KJ cuti, duduk rumah sahaja.



KJ hendak tanya, pernah tak anda selalu memberi alasan? Mesti pernah punya. KJ pun pernah memberi alasan dan berusaha untuk mengurangkannya. Tetapi tahukah anda alasan adalah punca kegagalan mutlak?

KJ selalu juga menerima pelbagai alasan daripada pelajar, kadang-kadang kelihatan tidak logik. Contohnya apabila KJ suruh menyiapkan satu tugasan dalam tempoh seminggu, ada pelajar yang siap dan ada yang tidak. Sudah pasti pelajar yang tidak menyiapkan tugasan itu akan memberi 1001 alasan, laptop rosaklah, kawan pinjam, tertinggal dan macam-macam lagi. Kalau beginilah alasannya, bagi tugasan dalam tempoh sebulan pun tidak akan siap, jika sikap itu tidak diubah. Disini kita dapat lihat siapa yang berusaha dan ingin berjaya.

Sikap sering memberi alasan adalah satu sikap yang merangsang kepada kegagalan. Cuba jauhi diri daripada sikap ini bagi memacu kejayaan dalam diri.


Berhenti memberi alasan jika anda ingin Berjaya!!!!


No comments:

Post a Comment