Itulah ungkapan yang biasa KJ gunakan di dalam kelas
untuk menasihati pelajar-pelajar ini. Biasalah apabila mengajar pelajar-pelajar
yang berada di usia remaja ini, semua lelaki pula tu…mestilah ada nakal
sedikit.
Dan KJ masih ingat lagi, dimana ada pertandingan membuat
video sempena We Care We Share Week. Pada mulanya KJ bawa maklumat pertandingan
itu di dalam kelas. Tiada maklumbalas.
Hari seterusnya selepas kelas, minta mereka semua hantar
jalan cerita (story line). Masih tiada maklum balas.
Hari ketiga, Selepas kelas KJ masih meminta mereka menghantar
idea jalan cerita. Ada 2 orang pelajar hantar.
Hari keempat, selepas kelas KJ duduk bersama-sama dengan
mereka semua bincang jalan cerita untuk video itu. Ini kerana sudah kesuntukan
masa, tarikh tutup untuk menghantar video itu semakin hampir.
Hari Kelima dan Keenam kami berlakon selepas habis waktu kelas.
Aku wajibkan semua pelajar satu kelas berlakon. Sebab? Aku nak melihat
kerjasama, berkongsi idea, bantu-membantu antara satu sama lain. Pada waktu berlakon
itu, banyak idea spontan di curahkan. Semua rasa teruja dan seronok. Aku hanya
memerhati dari jauh sahaja. Aku tersenyum kepuasan. Betullah orang kata, jika
kita tidak mencuba, bagaimana hendak tahu kelebihan kita?.
Dan Alhamdulillah, kami menjadi JUARA
Bulan September ini, mereka semua akan berkonvokesyen.
Seronok melihat mereka semua sudah berjaya. Ada yang sudah bekerjaya dan sambung
pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Serius, itulah satu kepuasan dalam diri
seorang pendidik apabila melihat kejayaan anak muridnya. Dan video ini, aku
selalu menayangkan kepada pelajar baru!
No comments:
Post a Comment