Bagaimana pula dengan kewangan anda? Sihat juga? Kalau
yang bekerja kerajaan, jika tidak pandai mengurus kewangan bulan Julai dan Ogos
ini pasti sudah terasa ‘kesesakan’ pada ketika ini. Ini kerana gaji bulan Julai
telah masuk awal dan gaji bulan Ogos lambat lagi. Harap anda tidak begitu.
jadual gaji kakitangan awam 2015
Kalau sebelum ini, KJ telah berkongsi amalan menyimpan
setiap kali mendapat duit syiling (klik SINI untuk membaca), hari ini KJ hendak
kongsikan satu lagi amalan yang biasa KJ lakukan iaitu memantau dan meninjau
kewangan sendiri.
KJ biasanya akan menyemak kewangan setiap hari sebelum
tidur malam, sampai pernah kena sindir dengan emak KJ
“Tidur malam ni mimpi sambil tersenyumlah, sebab duit sudah
banyak”
Kenapa perlu memantau kewangan sendiri? Sekurang-kurangnya
anda perlu menetapkan sekali seminggu untuk melihat keadaan kewangan semasa
anda. Anda perlu lihat sama ada anda telah terlebih belanja atau sebaliknya,
baru tindakan susulan boleh dilakukan. Jangan dibiarkan terlalu lama tanpa pemantauan, kerana mungkin sudah terlambat untuk diperbetulkan.
Jika anda sudah terlebih belanja, anda boleh cuba
mengurangkan atau menangguhkan sesuatu perbelanjaan itu, ataupun anda perlu
mencari duit belanja lebih. Jangan malu atau segan untuk menyemak status
kewangan anda kerana yang ‘terseksa’ adalah anda sendiri nanti. Kalau boleh, elak
dari membuat sebarang pinjaman, tingkatkan dulu pengurusan kewangan anda.
Semoga tips ini dapat membantu menjadikan kewangan anda
lebih ‘sihat’.
No comments:
Post a Comment