Assalamualaikum dan salam sejahtera!!
Kalau sebelum ini, KJ telah berkongsikan tips kewangan
yang diamalkan oleh KJ iaitu
TIPS 1: SIMPAN DUIT SYILING
TIPS 2: SEKALI SEMINGGU
Hari ini, KJ hendak kongsikan lagi satu tips, iaitu memilih
kawan…anda perlu berkawan dengan orang sihat sahaja…
Adakah kita hanya berkawan dengan orang sihat sahaja?
Bagaimana dengan orang yang sakit? Adakah kita
memulaukannya?
Tidak!! Maksud KJ di sini adalah anda sentiasa bersama
dengan mereka yang mempunyai KEWANGAN yang sihat, iaitu mereka yang tidak boros
dan berhati-hati dalam perbelanjaannya tetapi tidak kedekut ye. Ini kerana
kawan yang akan mempengaruhi kita selain daripada ibubapa.
Ini tidak bermakna anda hanya berkawan dengan orang kaya
dan meminggirkan orang miskin. Orang kaya tidak semestinya mempunyai gaya hidup
kewangan yang lebih sihat dari orang miskin. Anda perlu bersama dengan mereka
yang mempunyai kewangan yang stabil dan tidak boros berbelanja. Apabila
sentiasa berdampingan, lama-kelamaan anda akan terikut-ikut dengan cara mereka.
Berbelanja dengan lebih berhemah.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya anda bersama golongan
yang boros, silap haribulan anda pula terikut-ikut tabiat yang kurang sihat itu.
Ingatlah, sesungguhnya rakan itu ibarat cermin.
No comments:
Post a Comment