Kita hidup bukan kerana wang,
tetapi tiada wang kita akan mengalami kesukaran dalam kehidupan.
Zaman sekarang ini, semua
benda perlukan wang termasuklah untuk membuang air. Perancangan dan pengurusan kewangan
amat penting dalam kehidupan seharian kita. Jadi bagaimana perancangan kewangan
anda?
KJ pada mulanya sukar untuk
menyimpan. Kalau gaji dapat RM 2000, RM 2000 juga akan habis. Tapi itu dulu!!
Sekarang ini, KJ cuba menyimpan dengan cara menggunakan duit kertas, simpan
duit syiling.
Contohnya, KJ telah tetapkan
belanja harian hanya RM 10. Jadi KJ akan membeli sarapan contohnya RM 3.30. KJ
membayarnya dan mendapat baki RM 6.70. Jadi yang mana duit syiling, KJ akan
simpan terus dalam tabung. Hanya belanja baki duit kertas untuk satu hari itu.
Esoknya pun KJ akan mengulanginya, sehingga tabung sudah penuh.
Kita pasti tidak akan sedar
kita telah mendidik diri kita untuk menabung secara tidak langsung. Mungkin
petua KJ ini boleh ditiru bagi orang yang sukar untuk menabung.
No comments:
Post a Comment