Semua orang kalau boleh hendak ada bisnes sendiri. Tetapi
tahukah anda cara yang betul untuk memulakan bisnes? KJ sendiri dulu tidak
minat berbisnes, tetapi selepas pegang jawatan sebagai pengurus kedai KoperasiKolej Komuniti Ledang Johor Berhad, minat untuk berbisnes itu semakin menebal.
Kalau boleh KJ hendak ada syarikat sendiri dan bekerja sendiri.
Banyak yang KJ belajar sendiri mengenai bisnes ini sama
ada pergi kursus, belajar dengan kawan mahupun melalui pembacaan. Proses pembelajaran bukan berlaku hanya di dalam kelas.
Apa yang
boleh KJ kongsikan, empat langkah yang perlu dilakukan dalam memulakan bisnes
Langkah Pertama ialah memilih sasaran pasaran (target
market) yang betul. Anda perlu tentukan pada siapa anda hendak menjual produk
tersebut. Lagi spesifik anda dapat fokus sasaran pasaran anda, lagi bagus dan
jelas anda Nampak halatuju produk anda.
Langkah Kedua adalah pilih produk yang betul. Kita
beruntung jika produk kita jenis dalam kategori produk terdesak seperti Ubat
Kuat, Pil Kurus, Pil Pemutih dan lain-lain di mana kita tidak perlu bersusah
payah membuat iklan kerana permintaannya tinggi.
Jika kita baru hendak memulakan bisnes dan tidak pasti
tahap permintaan terhadap produk kita, kita perlu membuat statistik dan kajian terlebih
dahulu. Menguji dengan cubaan menjual, melihat pasaran sama ada orang hendak
beli atau tidak. Jangan membeli atau menghasilkan produk dalam kuantiti yang
banyak sebelum jaminan pasaran okay. Takut ia akan menjadi stok di bawah katil
sahaja. Tidak bermakna produk di sesuatu kawasan itu laris, akan turut laris di
kawasan anda.
Langkah ketiga ialah menjual. Dalam proses menjual, ia
akan melibatkan strategi pemasaran. Anda perlu tahu bagaimana hendak memasarkan
produk anda sehingga sampai ke sasaran pasaran (target market) anda. Selain
dari itu, anda perlu terus menerus proses menjual. Jangan ada perasaan mengalah
atau malu dalam menjual produk anda. Anda pasti akan bertemu dengan banyak
penolakan terhadap produk anda. Tidak bermakna seseorang tidak mahu produk
anda, menggambarkan yang lain turut juga tidak mahu produk anda.
Langkah terakhir, membuat duit. Proses jual beli akan
berlangsung dan berulang. Disini anda perlu mengumpul database dan menjana
network marketing.
Nota: Untuk mendapatkan ilmu mengenai operasi perniagaan.
Anda boleh belajar di Kolej Komuniti Ledang atau berhubung terus dengan kami di
facebook (Sijil Pengoperasian Perniagaan)
No comments:
Post a Comment