UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Tuesday, September 8, 2015

2 KEMENANGAN DI PROGRAM RAPAT

Alhamdulillah…..

Selesai sudah penganjuran program Rakan Patriotik (RAPAT) 2015 Wilayah Johor di Kolej Komuniti Muar pada petang tadi. Dan Kolej KomunitiLedang telah Berjaya membawa pulang piala johan pertandingan pidato dan tempat kedua pertandingan poster. Bagi program RAPAT kali ini, terdapat 5 kategori pertandingan iaitu mendeklamasi sajak, pertandingan pidato, suara patriotik, melukis poster dan fotografi.


Sejak awal lagi sehingga pagi tadi, pelbagai dugaan dan cabaran sering berkunjung tiba. Pertama sekali adalah penarikan diri peserta pada minit akhir. Terpaksa KJ menarik orang lain untuk turut serta. Keduanya ialah lagu yang telah disimpan di dalam pendrive untuk kegunaan pertandingan suara patriotik tidak dapat dimainkan. Maka terpaksalah peserta pertama suara patriotik daripada Kolej Komuniti Ledang mendendangkan lagu yang ada. Lagu warisan nyanyian Allahyarham Sudir
man telah dipilih.

Peserta kedua juga turut perlu memilih lagu. Akhirnya dia terpaksa membawa lagu ‘Bahtera Merdeka’ tetapi muzik yang sedikit berlainan daripada lagu latihan. Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku.

Tetapi syukur, kami Berjaya membawa 2 kemenangan. Tahun depan kami akan datang untuk memberi saingan lagi. Dengar kata, Kolej Komuniti Bandar Tenggara bakal menjadi tuan rumah program RAPAT tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment