UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Thursday, September 3, 2015

KEINGINAN KUNCI KEJAYAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kejayaan….

Tiada sesiapa pun tidak mahu Berjaya, semua orang hendak memiliki kejayaan. Hatta, apabila kita melihat kawan kita Berjaya pun, pasti akan tercuit sedikit rasa di hati kita mengatakan

“Aku pun boleh Berjaya macam dia”

Tetapi mengapa kita tidak mampu mencapai KEJAYAAN?

Jawapannya ialah KEINGINAN!

Pastikan dulu diri kita ada keinginan untuk Berjaya. Ini kerana keinginan ini akan memotivasikan dan menggerakkan kita untuk Berjaya. Pastikan anda jelas antara KEINGINAN dan ANGAN-ANGAN.

Contohnya, pelajar KJ berkeinginan untuk memenangi pertandingan petanque, tetapi tidak turun latihan langsung. Maka disini, ia bukan KEINGINAN tetapi ANGAN-ANGAN.

Contoh kedua, anda berkeinginan untuk mendapat 4 flat, jadi tidak ada alasan untuk anda tidak hadir ke kelas dan tidak melakukan tugasan.


Keinginan perlu disertai dengan perancangan bagi mencapainya dan melakukan perancangan itu. Lagi hebat keinginan anda, lagi tinggi pencapaian boleh dicapai. Sekiranya anda mempunyai seribu satu sebab untuk mencapai keinginan untuk Berjaya, pasti tidak akan ada dalam diri anda seribu satu alasan yang menghalang anda Berjaya. Ia akan bertindak sebagai pembakar semangat anda untuk terus Berjaya.

Ingat, Keinginan bukan angan-angan!!!


No comments:

Post a Comment