UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Wednesday, September 16, 2015

MALU BIAR BERTEMPAT

Anda malu untuk berniaga?

Ruginya sebab 9 daripada 10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan. Kenapa perlu malu? KJ dulu juga rasa sangat malu dan kurang yakin apabila berdepan dengan orang ramai, tetapi apabila kita tidak menghadapinya, sampai bila-bila pun kita akan rasa malu.

Ingat lagi ketika KJ pertama kali kena mengajar di hadapan kelas, rasa malu dan tidak yakin kerana kebiasaannya KJ berada di bahagian belakang bukan di bahagian hadapan. KJ ingat juga ketika pertama kali berjumpa dengan pembekal untuk Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad dan pertama kali mengajar kursus pendek pada orang luar iaitu komuniti setempat. Memang kita akan rasa pelbagai perasaan sebab itu pertama kali kita melakukannya.

Tapi sekarang KJ sudah tidak tahu malu (malu bertempat). Cara untuk mengatasi perasaan malu dan kurang yakin itu ialah anda perlu menghadapi situasi itu dan meningkatkan kemahiran interpersonal anda. Selain itu, tanamkan dalam fikiran anda bahawa perniagaan adalah digalakkan di dalam islam dan jika anda malu, anda yang rugi.

Tapi percayalah, apabila anda malu, ia akan memberi kelebihan kepada persaing anda. Anda rugi apabila anda malu untuk memulakan perniagaan, anda malu untuk berjumpa pelanggan, dan  anda malu untuk jual produk.

Dan baru sebentar tadi kami menang pidato peringkat daerah dan KJ bertanya pada pelajar KJ

Masih rasa malu dan gemuruh ke?

Tidak

Akhirnya, itu yang KJ hendak setelah KJ membawanya 3 kali masuk pertandingan pidato. Malu biarlah bertempat seperti malu melanggar perintah ALLAH. Jangan ia sampai mengganggu pencapaian anda!! 


No comments:

Post a Comment