UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Tuesday, September 8, 2015

SELAMAT MENDUDUKI UPSR

Pejam Celik Pejam Celik….

Hari ini sudah bermula kertas pertama Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik kertas 2. UPSR ini akan berlangsung selama 3 hari sehingga 10 september 2015.

Keesokan harinya, akan berlangsung kertas ujian Matematik kertas 1, Bahasa Cina/ Tamil Pemahaman, dan Bahasa Cina/Tamil Penulisan. Hari ketiga akan berlangsung kertas Ujian Sains, Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2, dan Ujian Aptitud Tahun 6.

Abang KJ ingin mengucapkan selamat menduduki UPSR, bertenang ketika menjawab soalan dan mencapai kejayaan kepada adik-adik semua.



Tetapi apa yang akan berlaku selepas UPSR?

Kebiasaannya adik-adik tidak membuat apa-apa selepas UPSR, apa kata adik-adik mengajak cikgu atau ibubapa untuk mengambil kursus-kursus pendek di Kolej Komuniti Ledang bagi mengisi masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat.

Kursus apa yang ada?

Adik-adik boleh rujuk di sini atau bertanya di facebook Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (KKLJ). Kalau adik-adik hendak abang KJ yang mengajar, abang KJ boleh mengajar kursus seperti Microsoft Ofice, Blog, Servis Penyamanan Udara dan lain-lain. Adik-adik boleh Tanya abang KJ di facebook.


Abang KJ harap adik-adik semua tidak mensia-siakan masa yang ada!

No comments:

Post a Comment