UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Tuesday, September 1, 2015

KITA NAIB JOHAN!!

Alhamdulillah!!!

Syukur!!!

Kami berjaya sekali lagi menjadi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Terbaik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat Daerah Ledang.



Pertama kali masa tahun 2012, ketika KJ setahun di Kolej Komuniti Ledang. Ketika itu, KJ diminta mengetuai perbarisan dan sepanduk pelajar.



Tahun ini, plot cerita yang hampir sama. Pengarah yang berbeza, pelajar yang berbeza, KJ yang sama dan hadiah yang sama iaitu Naib Johan.

Pada mulanya, proses membina sepanduk itu mengambil masa dalam 3 hari dan KJ amat yakin pada mulanya akan mendapat tempat tidak kisahlah juara, naib juara atau tempat ketiga sebab secara jujurnya ini hasil paling lawa pasukan KJ pernah hasilkan sepanjang 4 tahun pasukan KJ menghasilkan sepanduk Hari Kebangsaan mewakili Kolej Komuniti Ledang, tetapi apabila pagi 31 ogos itu dimana kesemua sepanduk perlu didirikan di bahagian belakang dataran. Perasaan untuk menang itu semakin berkurangan. Ada banyak sepanduk yang lawa-lawa. Hanya juri sahaja yang dapat menilai. Dan KJ ada berkata kepada pelajar KJ

“Tiada harapan hendak menang”

Dan pelajar KJ membalas lebih kurang macam ini yang membuatkan KJ terfikir akan kata-katanya

“Jangan memandang rendah pada diri sendiri, selagi belum keputusan, kita masih ada peluang”

Ia menyedarkan KJ. Dulu KJ selalu berkata begitu pada pelajar terutamanya Pasukan Petanque kerana terlalu merendahkan diri apabila berlawan dengan pasukan yang ada nama, tetapi untuk pertandingan sepanduk ini, KJ seakan-akan terlupa akan kata-kata itu.

Secara tidak langsung, KJ mempelajari sesuatu darinya. Kini, KJ berasa sangat lega kerana sambutan Hari Kebangsaan sudah selesai, terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi menyertai perbarisan dan membantu dalam menyiapkan sepanduk.


Kini fokus KJ tertumpu pada Hari Terbuka Kolej KomunitiLedang 2015 yang akan berlangsung pada 5 september 2015 ini (klik SINI bagi mengetahui mengenai Hari Terbuka). Jom menyertai pelbagai kursus yang disediakan. Hanya RM 5 sahaja


Nota kaki: Esok pelajar KJ akan menyertai beberapa pertandingan. Antaranya ialah Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Malaysia, Pertandingan Inovasi dan Rekacipta (IKRAR) dan pertandingan Kemahiran. Doakan ke semua pelajar KJ Berjaya ye….

No comments:

Post a Comment