UCAPAN RAYA TUAN PENGARAH AMBILAN JULAI DI BUKA ALASAN...ALASAN...ALASAN STAF KKLJ BERAYA SALAM PERPISAHAN JOM LIKE FACEBOOK PAGE

Monday, September 7, 2015

HARI TERBUKA MELABUH TIRAI

Alhamdulillah….

Itu sahaja ungkapan yang dapat KJ ucapan, akhirnya program Hari Terbuka Kolej Komuniti Ledang berlangsung dengan jayanya. Pelbagai dugaan telah dapat diharungi.

Pada hari kejadian, kumpulan nasyid Kolej Komuniti Ledang telah Berjaya membuat persembahan 8 buah lagu dengan jayanya. Siap ada permintaan untuk menyanyikan lagu tambahan. Di antara lagu yang di bawa adalah, InsyaALLAH,Iman Mutiara, Seroja, Bila Tiba, Keluarga Bahagia, Kau Ilhamku, Rapuh dan Ya Badrotim. Mereka mendapat pujian daripada orang ramai dan YB Datuk IR Haji Hamim Bin Samuri. KJ bangga dengan mereka, tidak sia-sia berlatih sehingga lewat malam sehari sebelumnya. Untuk melihat video persembahan mereka, klik SINI



Pada hari kejadian, KJ menguruskan pertandingan petanque terbuka. Tidak dapatlah KJ melihat persembahan mereka. Pertandingan petanque terbuka pula berjaya menarik perhatian komuniti setempat dan penyertaan terpaksa kami hadkan kerana kekurangan gelanggang dan masa. Pertandingan tersebut telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 24 pasukan. Tahniah kepada pemenang!!! Sebarang kelemahan dan kekurangan, kami memohon maaf.


Jika ada yang ingin mempelajari dan bermain sukan petanque ini, bolehlah menghubungi kami! Tak kenal, maka tak cinta!

No comments:

Post a Comment